Wednesday, 19 November 2014

World Prematurity Day 2014

Setiap 17hb November satu dunia menyambut Hari Prematurity. Tujuan mengadakan hari ni ialah untuk create awareness tentang isu kelahiran Pramatang ni. 1 dalam 10 bayi di dunia ini dilahirkan pramatang.

Sebab-sebab kelahiran pramatang tidak dapat diketahui secara detail tetapi antara faktor yang boleh mengundang kepada kelahiran pramatang adalah 

-pecah ketuban awal
-pernah mengalami kelahiran pramatang
- uterus dan servik luar biasa
- tekanan darah tinggi semasa mengandung
- jangkitan pada salur kencing

Doktor suspect sebab Khalish dilahirkan awal sebab Mummy ada cervical incompetence (lemah pangkal rahim). Kecederaan atau kelemahan pada dinding rahim menjadikan ia sukar untuk menampung janin dengan kuat. Keguguran yang disebabkan oleh kelemahan pangkal rahim boleh dikesan dengan beberapa tanda amaran. Sesetengah wanita menunjukkan simptom-simptom sakit pada bahagian belakang atau lelehan yang banyak pada faraj tetapi ia mungkin tidak banyak atau tiada pendarahan atau kesakitan. Dalam kes Khalish, Mummy ada sakit tapi takde pendarahan pun. Sempat buat 4D scan lagi masa sakit tu. Doctor ada bagitau kalau Mummy pregnant lagi, doktor akan jahit rahim supaya tak terbuka nanti bila dah dekat due date baru doctor buka jahitan. Errrr...ngilu nyer ni yang buat Mummy takut nak pregnant lagi.

Anyway, sebelum Khalish lahir Mummy tak tau apa-apa pun pasal kelahiran pramatang ni. Bila Khalish lahir pun takde siapa yang nak guide pasal risiko kelahiran pramatang, penjagaan bayi pramatang dan macam-macam lagi. Sedikit sebanyak informasi Mummy dapat dari doktor dengan nurse kat NICU. Kat NICU tu ada la brochure-brochure pasal pramatang ni tapi tak banyak sangat info. Nasib baik la Mummy ada kawan-kawan yang senasib kat NICU tu, sedikit sebanyak ada jugak la support dari kawan-kawan pastu compare notes dengan each other.

Impian Mummy nak tulis buku pasal isu pramatang ni. Terlalu banyak isu yang perlu kita tahu bila kita ada anak pramatang ni. Kalau boleh nak je lepak kat NICU tu bagi support kat mak-mak baru kat sana. Dulu masa mula-mula Khalish masuk NICU tu Mummy and Waleed sangat la blur tak tau aper-aper. Lepas 5 bulan Khalish kat sana baru la Mummy dapat menyesuaikan diri dan tau serba sedikit pasal baby prem ni. Tapi amat la penting untuk kita carik info kat internet. Jangan putus asa dan mengharapkan doktor dengan nurse semata-mata. Kita sebagai parents kena tau pasal keadaan anak kita. According to kawan Mummy yang rajin carik info kat internet, kat oversea dia org siap ada ibu-ibu yang standby kat hospital untuk bagi support kat ibu-ibu prem yang baru. Bagus betul kalau kat Malaysia buat camtu. Tapi tau je la kat Malaysia ni lambat sikit kalau hal-hal macam ni. Sambutan Hari Bayi Pramatang ni pun tak buat. Hmmm...macamana yek nak create awareness pasal isu ni? At least kalau kita tau pasal hal ni masa pregnant boleh berjaga-jaga kan? Ok la harap-harap semakin lama semakin ramai yang tau pasal isu ni. Mungkin satu hari nanti impian mummy untuk buat exhibition kat hospital pasal Premature Birth ni akan tercapai jugak, doakan la ye?

Khalish, my superhero

Ini la kawan-kawan Khalish..semua baby premature dah besar-besar belaka, Khalish je maintain kecik..hehe

Ini kita orang sambut last year, tahun ni tak buat pun 





No comments:

Post a Comment