Saturday 20 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan 2013

Selamat Menyambut Puasa...tahun ni tahun ke 2 Khalish menyambut Ramadhan. Masih teringat lagi puasa tahun lepas, baru sebulan lebih bawak Khalish discharge dari NICU. Masa tu Khalish masih pakai feeding tube di mulutnyer lagi...banyak dugaan puasa tahun lepas. Khalish banyak kerenah masa pakai tiub, beberapa kali tiub nak tercabut dari mulut sebab Khalish asyik tolak tiub tu dengan mulut dia terpaksa la Mummy dia beranikan diri masukkan perlahan dan tape kan balik. Tapi di bulan puasa jugak la Doctor Michelle, doctor Paediatric Khalish di Hospital Sg Buloh decided nak try cabut tiub Khalish. Mula-mula dia tak confident jugak Khalish boleh hisap susu pakai botol. Dia risau Khalish tak pandai nak menghisap dan bernafas pada masa yang sama (sebelum discharge NICU dulu dah cuba tapi Khalish hampir jadi biru tak bernafas) itu yang bawak balik dengan tiub tu. Tapi Alhamdulillah my hero steady je hisap susu pakai botol depan dia, so terus dia suruh Mummy room in sehari dua tengok Khalish ok ke tak kalau cabut tiub. Mummy pun apa lagi bergegas balik rumah packing untuk tido hospital sehari dua. Lepas dua malam Khalish pun boleh discharge tanpa tiub, Alhamdulillah syukur...tak perlu lagi risau tiub tercabut tengah-tengah malam! 

Lepas seminggu discharge dan Waleed dia pun dah balik ke Jeddah untuk menyambung tugas, Khalish batuk2 teruk dan demam pulak. Mummy panik la decided pergi ke Sime Darby Medical Centre, Subang je terus kena warded kat sana. 3 hari duduk sana macam2 test buat sebab doctor takut susu Khalish minum masuk ke lungs pasal tu Khalish batuk dan demam. Test semua ok tapi Khalish kena nebulizer untuk clearkan lungs dia. Doctor suspect Khalish ada asthma. Tak menghairankan la sebab family Waleed dia hampir kesemua makcik dan pakcik dia termasuk la Atok Khalish ada chronic asthma. Sedih jugak la Mummy buka puasa dan sahur sorang2 tapi demi kesihatan Khalish Mummy tabahkan hati. After discharge tu batuk Khalish masih tak kurang. Ulang alik klinik banyak kali kena nebulizer banyak kali. Mummy try plak pegi Hospital Sg Buloh bahagian kecemasan. Siap2 packing barang lagi confident je kena warded. Pegi berdua je dengan Khalish takde orang nak temankan nak harapkan family dia orang pun sibuk dengan hal masing-masing. So Mummy kuatkan semangat di bulan Ramadhan pergi uruskan hal Khalish sendiri aje. Doctor check dia kata lungs clear takde masalah so dia bagi ubat batuk je. Lepas a few days barulah Khalish kurang batuk. 

Raya tahun lepas Khalish still kena quarantine lagi (baby premature lepas discharge kena quarantine selama setahun) so Mummy tak jalan raya la duduk rumah layan rancangan raya kat Astro, hehe...Tahun ni lagi meriah la untuk Khalish dan Mummy, Khalish dah boleh jalan raya. Baju kurung Johor raya Khalish dah ready sedondon dengan Mummy. Walaupun setiap tahun Waleed tak dapat balik raya tapi Khalish sentiasa dikelilingi oleh family yang manjakan dia. Hopefully next year Khalish dapat raya dengan Waleed dia...

Khalish raya tahun lepas still tak muat baju Melayu

Khalish dikelilingi cousin-cousin dia

Wednesday 3 July 2013

Khalish & the Geng

Memandangkan Mummy Khalish ni tak bekerja dan Waleed Khalish balik cuti enam minggu sekali je...Mummy & Khalish ada banyak free time selain dari pegi terapi dan appointment hospital. Khalish & Mummy dapat ramai kawan masa Khalish di NICU. Salah seorang yang dah jadi BFF ialah Nora dan anaknya Dhia. Dhia lahir 2 bulan selepas Khalish...lahir pada 25 minggu dengan berat 700gm+, Dhia pun fighter macam Khalish jugak. Dhia ni lahir je terus masuk incubator sebelah Khalish. Mama Dhia without fail tiap-tiap hari visit Dhia. Nora cakap Allah temukan kami sebab masing-masing memerlukan each other. Memang betul terutamanya saat-saat anak kita berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan anak kita perlukan support, memang kita dapat suppport dari suami tapi kadang-kadang kita jugak perlukan support dari teman wanita jugak sebab hanya wanita yang memahami naluri seorang ibu. Selama lebih kurang 100 hari Khalish di NICU ramai yang kami jumpa, ramai jugak yang masih keep in touch, dengan nurses di NICU pun masih ada yang keep in touch lagi. Sekali sekala ada jugak kawan-kawan, seronok jugak gathering ni tengok macam-macam ragam anak masing-masing. Next project nak buat gathering raya dengan kawan-kawan dan nurses kat NICU...