Sunday 11 January 2015

2015..New Year, New Hope & New Beginnings

Pejam celik, pejam celik dah tahun baru..cepatnyer masa berlalu. Khalish pun nak masuk 3 tahun. Kalau zaman muda remaja dulu, new year's eve mummy dah pegi happening ni, hehe...ni nak masuk ke angka 4 dan ada anak plak, reti-reti la duk rumah, haha..

Of course, setiap parents especially parents yang ada special children ni pastinyer letak harapan nak lihat anak-anak masing-masing sihat dan bijak. Selalunya tahun baru orang suka letak resolution atau target untuk diri masing-masing. Untuk Khalish, mummy sangat la berharap tahun ini Khalish dapat jalan dan boleh bercakap. Mummy tau I have to be realistic, accept the fact tapi kita sebagai manusia ada impiankan..Dan dengan izin Allah, nothing is impossible. We just have to work hard to achieve our goal. Pada yang punya anak normal, berjalan dan bercakap ni perkara normal, sebahagian daripada perkembangan kanak-kanak. Tapi for us yang ada special child ni perkembangan yang sedikit, walau setapak langkah itu sudah membanggakan kami. Even simple words like 'mummy' pun, mummy dah happy giler. 

Tapi, ada jugak parents yang hampir putus asa dengan anak-anak special ni. Ada yang sudah seakan sudah menerima kenyataan yang anaknya tidak akan berjalan atau bercakap. Kita manusia biasa, pasti ada satu hari yang kita rasa frust, sedih dengan keadaan anak kita. Mummy pun ada masa gak rasa 'down' sangat especially bila tengok kawan-kawan sebaya Khalish yang boleh berlari dan petah cakap. Ada masa sedih bila fikir masa depan Khalish. Kalau Mummy takde boleh ke Waleed jaga Khalish, sedih bila fikir pandangan masyarakat pada kanak-kanak istimewa macam Khalish ni...ada kah tempat untuk kanak-kanak ni di Malaysia...Tapi bila fikir ni semua Mummy lagi bersemangat untuk besarkan Khalish. Kalau kita sebagai parents dah give up, menerima keadaan anak kita seadanya, macamana anak kita nak improve. Walaupun sedikit sangat improvementnya, at least we are doing our best for our child. Mummy mintak pada Allah janganlah kau putuskan semangat kami sebagai ibu bapa untuk menjaga anak syurga ini. 

Pada masyarakat Malaysia, kami sebagai ibu bapa anak-anak istimewa ni mintak tolong lah fahami keadaan kami. No jokes about OKU please, mereka tak minta dilahirkan begini. Kalau pegi ke tempat awam dan nampak anak-anak kami berlari tak terkawal, don't label us as 'ibu bapa yang tak pandai jaga anak' mungkin anak kami ni autism...you are not in our shoes, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. At least fahami la situasi kami.

 Mummy nak ucapkan terima kasih kerana membaca rintihan mummy ni...I hope for those of you reading my blog, tak banyak sedikit ada awareness on special needs children. Dulu sebelum ada Khalish, Mummy pun tak banyak info on this issues, tak berapa faham keadaan anak-anak istimewa ini, tapi Allah pinjamkan Khalish untuk kami jaga. Kami akan jaga sebaik-baiknya, Insya Allah.