Bulan November berakhir dengan kekalutan, hehe...
Pertengahan bulan November lepas Waleed Khalish balik dari Jeddah. Seminggu lepas tu kita orang gerak ke Melaka untuk Family Day Super Angel (yang Mummy excited sangat dalam post2 yang lepas tu). Memang best...Khalish yang selalunyer tak friendly dengan kawan-kawan sebaya boleh pulak berkawan dengan kakak-kakak and abang-abang Angel dia. Mungkin dia tau geng-geng Angel dia kot. Aktiviti sangat pack sepanjang Family Day tu. Tapi Mummy & Waleed suka sangat...bukan seronok-seronok aje, ada Tazkirah, Stimulaterapi, cerita pengalaman membesarkan anak-anak istimewa ni dan macam-macam lagi. Hadiah pun dapat banyak. Terima kasih bebanyak pada yang sudi menderma, murah rezeki korang. Bila balik dari Family Day tu, Mummy & Waleed rasa lagi semangat sebab dah jumpa insan-insan bertuah yang ada anak special macam kami.
Dari Melaka tu terus gerak ke Pontian balik kampung Waleed. Dekat 5 hari gak la duduk sana. Patut balik awal tapi cermin kereta kami kena pecah. Nak curik aper pun tak pasti sebab yang hilang kunci rumah kat KL ni dengan kipas stroller Khalish! Hisshhh pelik betul. Anyway, lepas semua dah settle kita org balik hari Khamis. On the way back singgah Muar jumpa kawan-kawan Waleed. Masa tu Khalish sihat je. Kita orang sampai rumah agak lewat jugak, Jumaat pagi tu Khalish start cirit. Bagi susu pun muntah, makan pun muntah. Mummy bagi Oral Rehydration Salt tu malam macam kurang sikit tapi dia minum sikit je la sebab dah tak selera. Sabtu pagi cepat-cepat kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Meghana kat TTDI Jaya, Shah Alam. Doctor risau sebab Khalish ni small size kan takut bila tak makan dengan minum berat dia turun lagi. Doctor terus buat surat untuk refer ke hospital.
Dari Shah Alam kami terus gerak ke Hospital Sg Buloh. Biasa la hari sabtu bahagian Kecemasan sibuk la dengan patient yang ramai. Lama gak kami tunggu, by that time Khalish dah lembik tak bermaya. Minum susu pun sikit aje. Masih cirit birit lagi. Bila doctor check as usual Mummy kena cerita jugak la history Khalish serba sedikit. Record Khalish pun masih ada kat sana. Doctor terus warded Khalish pastu check darah. Doctor bagitau Khalish Hypoglycemia. Gula dalam darah Khalish rendah sangat. Terus buat drip kat dua-dua belah tangan. Satu untuk air dan satu lagi untuk air gula. Huhu kesian Khalish nak nangis pun dah tak larat.
Agak lama la tunggu nak warded tu dari pukul 1 petang sampai pukul 4 lebih baru dapat warded. Mummy yang datang sehelai sepinggang ni kena la balik ambik baju semua. Khalish tak nak bangun langsung dia tido aje. Malam pertama dapat tido tak sampai sejam. Ada mak yang jaga anak dia kat katil depan tu tak berhenti-henti batuk. Khalish yang ada masalah sensory apalagi mengangis tak berhenti la..dia memang pantang orang batuk. Nanti Mummy akan ceritakan pasal 'Sensory Processing Disorder' ni pada next post nanti ye. Alhamdulillah second day Khalish dah kembali ceria. Waleed bawak dia jenjalan kat playground di wad Paediatric suka dia. Siap naik kereta mainan lagi. Lama gak warded empat hari tiga malam kat sana.
Now dah seminggu balik rumah. Nampak ok selera pun bertambah, Alhamdulillah. Mummy start bagi Khalish Qaseh Junior harap-harap ada perubahan la. Mummy risau masalah berat badan Khalish. Doctor yang merawat Khalish tu nak masukkan ryle tube balik kalau Khalish tak naik berat badan. Tolonglah Mummy tak nak...biarla peristiwa Khalish pakai ryle tube dulu tu tinggal kenangan, huhu...
Khalish enjoy Family Day Super Angels :) |
Jalan-jalan kat Pontian |
Khalish warded, huhu.. |
No comments:
Post a Comment