Khalish nak pegi Family Day for Super Angels! Haha...mummy dia yang excited. Mummy ada masuk group Super Angels kat FB. Group ni untuk parents yang ada special children. Pastu ada terbaca pasal Family Day kat Melaka 23hb November ni. Tengok aktiviti macam best je. Ada stimulaterapi, aquaterapi, talk dan yang paling best dapat jumpa parents yang senasib. Timing pun cantik je, Waleed Khalish ada balik bercuti time tu. Bayaran hanya RM50 je untuk seorang parent atau anak istimewa yang umur 12 tahun ke atas. Harga tu sangat-sangat murah sebab termasuk makan minum dan tempat tinggal. Tapi itu kalau dapat sponsorship/sumbangan yang cukup la.
Mummy pun menawarkan diri untuk tolong carik sumbangan. Iye lah bagi parents yang berkemampuan boleh lah bayar lebih tapi kalau yang kurang berkemampuan tak dapat pegi la kalau bayar banyak. Bagi mummy parents yang kurang berkemampuan ni pun deserved to be there. Time ni la dia org ni nak berkongsi pengalaman dan mencuba terapi-terapi yang disediakan untuk anak mereka. Mereka ni mungkin tak mampu nak bawak anak dia orang pegi terapi di tempat-tempat swasta. Nak harapkan terapi hospital atau JKM berapa kali je la dia orang boleh bawak anak-anak dia orang pegi. Bukan dapat selalu pun terapi hospital, Khalish pegi terapi kat hospital sekali setiap 6 minggu je sebab ramai yang menunggu giliran. Kami pun bukan orang yang berduit sangat tapi Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi dapat la kami bawak Khalish pegi terapi swasta seminggu sekali. Keluarga pun banyak membantu kami dari segi kewangan.
Bab mintak derma ni Mummy dengan muka tak malunyer hantar whatsapp kat family dan kawan-kawan mintak sumbangan. Ada yang terus bagi tapi kebanyakannya buat tak tau je dengan whatsapp mummy tu. Tak pe lah mungkin mereka dah bagi derma kat tempat lain kot. Mummy pun ada gak mintak kawan-kawan e-mail address syarikat Korporat untuk hantar surat mintak sumbangan. Tapi setakat ni takde jawapan lagi. I tried my best kalau tak dapat jugak nak buat macamana huhu...
Harap-harap Committee dapat la cukup sumbangan untuk menjayakan program ni. Banyak jugak yang diperlukan dalam RM30k+. Insya Allah dengan izin Allah program ini dapat diteruskan.
Dari Abu Hurairah R.A. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...da n terus bertambah...”
Hadis Riwayat Al Tirmidzi
No comments:
Post a Comment