Sunday 3 November 2013

Physiotheraphy, Occupational Theraphy & Stimulatheraphy...semua untuk Khalish

Assamualaikum,

Umur Khalish dah 1 year 8 months (kalau corrected age 1 year 5 months la) Khalish boleh mengiring tapi dia masih belum pandai merangkak dan duduk lagi. Mummy bawak Khalish ke sessi physiotheraphy dan occupationaltheraphy kat hospital tapi tak cukup la...cuma dapat sebulan sekali je. Sessi bukannyer lama sejam aje tak banyak yang Khalish dapat belajar. Nak buat sendiri kat rumah boleh tapi kita bukan ada equipment yang banyak dan Khalish pun pandai kalau dengan Mummy dia bukan dia nak buat lebih menangis je. Mummy scout around tengok-tengok ada tak private punya tapi tak nak mahal. Kalau hospital private satu sessi je dah dekat seratus. So tengah carik-carik tu terjumpa la Greatlife Physiotheraphy Centre...yang bestnyer ada cawangan kat Shah Alam Section 13. Ok la dekat rumah tu. Bila pergi first time Khalish ok tak la menangis sangat macam kat hospital, Therapist kat situ pun pandai pujuk Khalish. Harga pun berpatutan. So Khalish pun pegi terapi kat situ seminggu sekali.

Bagi yang tak berapa faham dan tak tau nak bezakan antara Physiotheraphy, Occupationaltheraphy dan Stimulatheraphy ni serba sedikit penerangannyer :

Physiotheraphy :
 Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian.

Occupationaltheraphy / Terapi Cara Kerja :
Latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
 
Stimulatheraphy :
 Terapi ini ialah satu terapi holistik yang berupaya menyeimbangkan tubuh badan, minda dan semangat sekaligus merangsang atau menggalakkan kepada gaya hidup yang sihat. Terapi ini adalah satu kaedah rawatan yang berasaskan sistem perubatan tradisional. Stimulatheraphy ni buat kat Kak Ija, Pusat Kesihatan Stimulatheraphy Klang. Alhamdulillah, lepas satu sessi ada perubahan Khalish start berselera makan.
 
Ketiga-tiga jenis terapi ni memainkan peranan penting dalam perkembangan Khalish. Sekarang ni Mummy start bawak Khalish Hydrotheraphy sebulan sekali. Hydrotheraphy ni ialah rawatan dalam air. Khalish ni takut air sikit sampai sekarang masih mandi dengan air suam kalau air sejuk dia menggigil macam mandi dalam ais. Mummy rasa Khalish drama je lebih sebab dulu dalam NICU mandi pukul 7 pagi relex je tak nangis, hehe...tapi bila masuk dalam kolam hydrotheraphy ni dia macam suka pulak siap main-main lagi dalam kolam.
Hajat Mummy kalau Khalish dah biasa dalam kolam boleh lah Khalish belajar swimming.
 
Ini la sedikit sebanyak aktiviti Khalish...hmmm, macamana lah Mummy nak kerja balik sibuk dengan aktiviti Khalish. Tak pe la berkorban demi anak tersayang kan?
 
Khalish tengah buat latihan merangkak

Khalish & Zahra..geng Stimulatheraphy
Khalish tengah buat Hydrotheraphy