Monday, 10 November 2014

Apa itu Global Developmental Delay?

  1. Global developmental delay is defined as significant delay in two or more of the following developmental domains: gross/fine motor, speech/language, cognition, social/personal, and activities of daily living.
  2. Itu definasi dalam English. Kalau Bahasa Melayu tak sure plak the correct term tapi secara kesimpulannya Global Developmental Delay (GDD) yang Mummy faham ialah perkembangan yang lewat dari usia yang sepatutnyer. Khalish doctor dah diagnose as GDD. Umur Khalish dah 2 tahun 9 bulan tapi perkembangan dia lebih kurang macam budak umur 6 atau 7 bulan. Khalish masih belum boleh duduk sendiri tapi kalau kita dudukkan dia ok je. Merangkak pun belum tapi dah boleh meniarap. Posisi favourite dia bergolek..laju je dia nak bergolek kalau nak pegi mana-mana. Merangkak tak nak langsung. 
  3. Sebenarnyer kat Malaysia ni susah nak jumpa anak-anak GDD ni, kalau Celebral Palsy atau Autism ramai. Mummy pun tak banyak info pasal GDD. Tapi Mummy percaya kalau kita rajin bawak anak kita terapi, ajar kat rumah Insya Allah dengan izin Allah satu hari nanti anak kita boleh bercakap, berjalan dan belajar seperti kanak-kanak normal. Cepat atau lambat parents kena sabar ye...
  4. Punca GDD ini tidak dapat disahkan tapi kelahiran pramatang adalah salah satu yang boleh dikatakan punca kepada GDD. 
  5. Early intervention sangat penting untuk anak-anak GDD ini. Pendedahan awal pada terapi fisio, terapi carakerja, terapi hidro dan lain-lain sangat berguna untuk anak-anak ini. Khalish mula sessi terapi sebelum umur setahun lagi. Pada Mummy walaupun perkembangan Khalish lambat tapi ada perubahannya. Kalau lah Mummy & Waleed kaya raya nak aje buat Theraphy Centre untuk Khalish dengan kawan-kawan. Hari-hari Khalish boleh berterapi, hehe...
  6. Khalish pegi shopping, hehe..

    Khalish main playdoh kat rumah, dia tak suka sekejap je main pastu dia campak

    Khalish enjoy duduk dlm pool penuh bola, dulu tak suka masuk je dalam pool nangis sekarang relax je :)

19 comments:

  1. Salam sis, anak kite alami benda yg same iaitu GDD tp anak sy bkn prematured. sy lg xtahu ape punca anak sy mcm nie. Now, umur die 2thn tp masih belum blh berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...sori baru perasan ada komen..
      Ada jugak sy kenal anak-anak yang GDD tapi lahir secara normal. Ada bawak jumpa Doktor Paediatrik tak? Mungkin memang lambat jalan tapi sebaiknya dapatkan nasihat doktor dan tanyakan patut ke buat fisioterapi. Fisioterapi banyak membantu untuk anak-anak yang lambat jalan.

      Delete
  2. Salam sis..anak sy juga diagnosed as GDD dr 9bulan..n ke terapi dr 9bulan smpai skrg..umor skng 2thun sebulan masih blm berjalan..cuma bum shuffle dr umor 1thun sebulan..sedih bile tgk kanak2 lain yg seusia nye da pandai itu ini..mgkin ni dugaan Allah utk kite earn his blessing..

    ReplyDelete
  3. salam sis, ank i dh 4 thn 5 bln. pon under GDD. smpai skrg masih x pandai nk bercakap.. berjalan pon cam terkangkang lg.. what to do.. redha jelah dgn apa yg ada.. chill....

    ReplyDelete
  4. salam sis, ank i dh 4 thn 5 bln. pon under GDD. smpai skrg masih x pandai nk bercakap.. berjalan pon cam terkangkang lg.. what to do.. redha jelah dgn apa yg ada.. chill....

    ReplyDelete
  5. Hai khalis comel dia...anak untie pon diagnosed gdd...skrg dh 1tahun 5bulan..bru nk meranngkak..dah 1 bulan g terapi cara kerja..jumpa terapi...ibu harap ibu dgn mummy2 yg ada ank gdd tabah..

    ReplyDelete
  6. cemana perkembangan khalish skrg? anak saya pun br diagnosed GDD.. tgh mencari2 info berkaitan

    ReplyDelete
  7. Hi sis, saja nak share..saya bawa anak saya pegi speech terapist. Dia kata anak saya maybe GDD. Anak saya perkembangan dia semua lambat. Berjalan umur 2 tahun. Sekarang dah umur 5 tahun tapi masih belum boleh bercakap. Tak tahu macam mana nak masuk darjah 1 nanti. 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah lah pd ibu2 yg mpunyai
      anak2 gdd. Anak sy dah 9 thn, masih blom blh bckp dgn betul. Blom blh berdikari mgurus diri. Hati sedih bila mgenang kan nye. Kita kena jugak bantu anak2 kita. Wlupun doc kt mmg akan kekal spanjang hayat dia. Selagi umor kita ada bantu lah anak kita jgn tinggalkan mereka. Sbb sy dah tlewat kesan perkembangan anak sy. Umur dia 2 thn lbh br blh berjln itupun x balance smpi doc hukm nak operate dia. Sy mnangis, nape nasib sy camni tp satu hr tu ada hamba allah ni gtau g hosp. Terapi yg hosp buat dia masukkan satu plastik kat kaki anak sy n pam stiap kl app. X smpi 2 bulan anak sy dah blh jln. Cubalah inshaallah. Cuma skrg dia blom blh bcakap dgn lancar n sy masih bwk dia g speech terapi. Ni no wsp 01133078638 sy klu ada sape2 mama2, ibu2 yg sudi bkongsi pendapat ke perubatan ke atau ape2 yg bkenaan gdd blh lah wsp sy sbb sy pun masih mcari penawar tuk anak2 kita. Klu anak2 kita dpt berdikari pun dah bsyukur alhamdullah. Kita x tau kita blh jg mereka smpi bila..

      Delete
    2. Terapi mane ye pn..blh share ke

      Delete
  8. Anak sy didiagnos GDD selepas lahir kerana meningitis..mase umur 3 thn under MRI dapat tahu dia ada ARNOLD CHIARI MALFORMATION TYPE I (kejadian otak abnormal) plus bronchial asthma dh 7 thn..berjalan umur 2 thn bercakap 3 thn tp sampai skrg masih pelat..umor 5 thn dh hafal dan knl a to z, nombor 1 to 10, color dan shapes. tapi dr segi pergaulan dgn org luar dia kurang dan sgt sensitif. Masalah timbul di sekolah bila dia xdpt nk ikut silibus sek biasa (doc yg suggest try sek biasa). peranhai di sekolah pn agk lain. kurang fokus dan x suka dduk lama dlm kelas..kata cikgu dia dlm dunia dia sdri..skrg dlm prosedur untuk ditukarkan ke sekolah pendidikan khas..yg mana pakar perubatan tak menggalakkan saya berbuat demikian..takut potensi dia akn tersekat dan berhenti..sy dlm dilema skrg😭

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Anak sy jg di diagnos gdd.. Anak sy boleh merangkak umur 1 thn 5 bln.. Berjalan 2 thn 5 bln.. Skrg dh 4 thn masih belum boleh berckp.. Ade jgk perkataan yg boleh difahami, yg ringkas2.. Boleh ikut arahan ringkas.. Masih xkenal huruf, shapes, colors, body parts.. Skrg masih follow up paed, speech therapy, occt.. Sbg ibu, kita terus berusaha apa yg boleh dan berdoa spy anak kita dpt membesar spt knk2 normal lain.. InshaAllah..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Maaf nak bertanya. Ibu2, mama2 semua ada apply kad OKU tak bila anak GDD ni? Anak saya dah 5 tahun. Boleh bercakap dan boleh membina ayat dah cuma masih lagi ada guna bahasa sendiri. Nak button bj n seluar tak pandai lagi. Bila kita tanya soalan like nak merah atau biru, dia akan ajuk balik. Doktor suggest suruh apply kad OKU. Saya perlu kata2 semangat jugak sbb tgh down sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.hmetro.com.my/hati/2017/07/245890/tiada-garis-duka

      ni sdkt perkongsian yg sy ambil dr perkongsian En Abdul Malek yg disunting oleh Harian Metro x silap
      ..anaknya autism, tapi sy rasa boleh ambil sikit sbnyk apa yg beliau kata:-

      Sesudah di diagnose jika sah autism apply lah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tapi untuk kebajikan anak untuk di terima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan. Yang swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak-anak autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri.

      Jika anak sudah di diagnose sah autism, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terima nya seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sebab anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal (normal). Kemudian joinlah grup Autisme Malaysia , ramai teman sekasut anda ada di situ pinjam bahu mereka.

      Jika perlu nangis , nangislah semahunya dalam doa anda. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang..InshaAllah bantuanNya akan tiba tepat pada ketika kita memerlukannya.

      Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism. Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yang mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun). Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perangcangNya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autism yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.

      Yang paling nyata sekali. Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerahNya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini. Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga. Kejar syurgaNya. Dapatkan redha dan rahmatNya kerana pasti Allah sediakan balasan yang sebaik-baiknya dan Bukan kah syurga itu sebaik-sebaik balasan ?

      Delete
    2. Wahai Allah Yang Maha Membuka. Membuka apa saja. Sesuaikan dengan lintasan hati, fikiran, doa, keperluan. Termasuk membuka hati yang beku dan keras. Termasuk buka pintu jodoh, pintu rezeki dan lain-lain.

      Wahai Yang Maha Memberi Rezeki Wahai Yang Maha Mengubah Keadaan. Ubahlah keadaan kami, kepada keadaan yang lebih baik lagi. Bukan saja soal ekonomi, tentang hari-hari kami, kesulitan kami, kesusahan kami, tapi juga mengubah yang tak biasa bangun malam, jadi mampu dan biasa bangun malam.

      Yang biasa maksiat, jadi biasa taubat. Yang biasa bikin dosa, jadi biasa ibadah. Yang tidak biasa berjamaah di masjid, jadi mampu dan biasa berjemaah. Yang anaknya nakal dan teruk, jadi baik-baik semua anaknya. Dari suami atau isteri yang tidak atau kurang mnyenangkan hati, jadi menyenangkan atau selalu menentramkan hati.

      Usahlah jadikan kami penghuni neraka, jadikan kami penghuni syurgamu. Cukuplah Allah sebagai Pelindung, Penolong. Tiada daya upaya kecuali daya upayanya Allah.

      (Doa ibu Ustaz Yusuf Mansur)

      Delete
    3. kla ada anak GDD baik la apply kad OKU... memang sedih kite ada anak special ni.. mgkn ada rahmat yg besar allah swt nak bg pada hamba nya.. buat kad OKU untuk kemudahan bile die dh besar n bile kite tiada di dunia.. janji part kite sebagai ibu ayah dh lepas.. kla rs sedih ngagis la sepuasnya n doa la byk2.. ada anak special ni memang kite rs susah ati pk masa hadapan die bile kite tiada nanti...ada anak special ni kene byk bersabar..lg satu hati ni akan lebih sensitif bile ada anak special ni... apa2 pun kite ibu ni kene kuat..

      Delete
  11. boleh juga cuba urutan dengan Osteopathy..sekali urutan dlm RM250/RM350..

    http://oneosteo.asia/?utm_source=facebook&utm_medium=social&utm_campaign=facebookpage&utm_content=home&fbclid=IwAR3uYfxPY13nAw-PO7c6jJ8UGumEOve7BwkidJ_XxSAXgabZGUBxiFSsus0

    ReplyDelete
  12. Anak saya 2tahun pon masih belum pandai jalan. Ckp pon masih belum ada bunyi perkataan.. boleh suggest any place yg terbaik😔

    ReplyDelete