Wednesday, 19 November 2014

World Prematurity Day 2014

Setiap 17hb November satu dunia menyambut Hari Prematurity. Tujuan mengadakan hari ni ialah untuk create awareness tentang isu kelahiran Pramatang ni. 1 dalam 10 bayi di dunia ini dilahirkan pramatang.

Sebab-sebab kelahiran pramatang tidak dapat diketahui secara detail tetapi antara faktor yang boleh mengundang kepada kelahiran pramatang adalah 

-pecah ketuban awal
-pernah mengalami kelahiran pramatang
- uterus dan servik luar biasa
- tekanan darah tinggi semasa mengandung
- jangkitan pada salur kencing

Doktor suspect sebab Khalish dilahirkan awal sebab Mummy ada cervical incompetence (lemah pangkal rahim). Kecederaan atau kelemahan pada dinding rahim menjadikan ia sukar untuk menampung janin dengan kuat. Keguguran yang disebabkan oleh kelemahan pangkal rahim boleh dikesan dengan beberapa tanda amaran. Sesetengah wanita menunjukkan simptom-simptom sakit pada bahagian belakang atau lelehan yang banyak pada faraj tetapi ia mungkin tidak banyak atau tiada pendarahan atau kesakitan. Dalam kes Khalish, Mummy ada sakit tapi takde pendarahan pun. Sempat buat 4D scan lagi masa sakit tu. Doctor ada bagitau kalau Mummy pregnant lagi, doktor akan jahit rahim supaya tak terbuka nanti bila dah dekat due date baru doctor buka jahitan. Errrr...ngilu nyer ni yang buat Mummy takut nak pregnant lagi.

Anyway, sebelum Khalish lahir Mummy tak tau apa-apa pun pasal kelahiran pramatang ni. Bila Khalish lahir pun takde siapa yang nak guide pasal risiko kelahiran pramatang, penjagaan bayi pramatang dan macam-macam lagi. Sedikit sebanyak informasi Mummy dapat dari doktor dengan nurse kat NICU. Kat NICU tu ada la brochure-brochure pasal pramatang ni tapi tak banyak sangat info. Nasib baik la Mummy ada kawan-kawan yang senasib kat NICU tu, sedikit sebanyak ada jugak la support dari kawan-kawan pastu compare notes dengan each other.

Impian Mummy nak tulis buku pasal isu pramatang ni. Terlalu banyak isu yang perlu kita tahu bila kita ada anak pramatang ni. Kalau boleh nak je lepak kat NICU tu bagi support kat mak-mak baru kat sana. Dulu masa mula-mula Khalish masuk NICU tu Mummy and Waleed sangat la blur tak tau aper-aper. Lepas 5 bulan Khalish kat sana baru la Mummy dapat menyesuaikan diri dan tau serba sedikit pasal baby prem ni. Tapi amat la penting untuk kita carik info kat internet. Jangan putus asa dan mengharapkan doktor dengan nurse semata-mata. Kita sebagai parents kena tau pasal keadaan anak kita. According to kawan Mummy yang rajin carik info kat internet, kat oversea dia org siap ada ibu-ibu yang standby kat hospital untuk bagi support kat ibu-ibu prem yang baru. Bagus betul kalau kat Malaysia buat camtu. Tapi tau je la kat Malaysia ni lambat sikit kalau hal-hal macam ni. Sambutan Hari Bayi Pramatang ni pun tak buat. Hmmm...macamana yek nak create awareness pasal isu ni? At least kalau kita tau pasal hal ni masa pregnant boleh berjaga-jaga kan? Ok la harap-harap semakin lama semakin ramai yang tau pasal isu ni. Mungkin satu hari nanti impian mummy untuk buat exhibition kat hospital pasal Premature Birth ni akan tercapai jugak, doakan la ye?

Khalish, my superhero

Ini la kawan-kawan Khalish..semua baby premature dah besar-besar belaka, Khalish je maintain kecik..hehe

Ini kita orang sambut last year, tahun ni tak buat pun 





Monday, 10 November 2014

Apa itu Global Developmental Delay?

  1. Global developmental delay is defined as significant delay in two or more of the following developmental domains: gross/fine motor, speech/language, cognition, social/personal, and activities of daily living.
  2. Itu definasi dalam English. Kalau Bahasa Melayu tak sure plak the correct term tapi secara kesimpulannya Global Developmental Delay (GDD) yang Mummy faham ialah perkembangan yang lewat dari usia yang sepatutnyer. Khalish doctor dah diagnose as GDD. Umur Khalish dah 2 tahun 9 bulan tapi perkembangan dia lebih kurang macam budak umur 6 atau 7 bulan. Khalish masih belum boleh duduk sendiri tapi kalau kita dudukkan dia ok je. Merangkak pun belum tapi dah boleh meniarap. Posisi favourite dia bergolek..laju je dia nak bergolek kalau nak pegi mana-mana. Merangkak tak nak langsung. 
  3. Sebenarnyer kat Malaysia ni susah nak jumpa anak-anak GDD ni, kalau Celebral Palsy atau Autism ramai. Mummy pun tak banyak info pasal GDD. Tapi Mummy percaya kalau kita rajin bawak anak kita terapi, ajar kat rumah Insya Allah dengan izin Allah satu hari nanti anak kita boleh bercakap, berjalan dan belajar seperti kanak-kanak normal. Cepat atau lambat parents kena sabar ye...
  4. Punca GDD ini tidak dapat disahkan tapi kelahiran pramatang adalah salah satu yang boleh dikatakan punca kepada GDD. 
  5. Early intervention sangat penting untuk anak-anak GDD ini. Pendedahan awal pada terapi fisio, terapi carakerja, terapi hidro dan lain-lain sangat berguna untuk anak-anak ini. Khalish mula sessi terapi sebelum umur setahun lagi. Pada Mummy walaupun perkembangan Khalish lambat tapi ada perubahannya. Kalau lah Mummy & Waleed kaya raya nak aje buat Theraphy Centre untuk Khalish dengan kawan-kawan. Hari-hari Khalish boleh berterapi, hehe...
  6. Khalish pegi shopping, hehe..

    Khalish main playdoh kat rumah, dia tak suka sekejap je main pastu dia campak

    Khalish enjoy duduk dlm pool penuh bola, dulu tak suka masuk je dalam pool nangis sekarang relax je :)

Monday, 3 November 2014

Derma oh derma...

Khalish nak pegi Family Day for Super Angels! Haha...mummy dia yang excited. Mummy ada masuk group Super Angels kat FB. Group ni untuk parents yang ada special children. Pastu ada terbaca pasal Family Day kat Melaka 23hb November ni. Tengok aktiviti macam best je. Ada stimulaterapi, aquaterapi, talk dan yang paling best dapat jumpa parents yang senasib. Timing pun cantik je, Waleed Khalish ada balik bercuti time tu. Bayaran hanya RM50 je untuk seorang parent atau anak istimewa yang umur 12 tahun ke atas. Harga tu sangat-sangat murah sebab termasuk makan minum dan tempat tinggal. Tapi itu kalau dapat sponsorship/sumbangan yang cukup la. 

Mummy pun menawarkan diri untuk tolong carik sumbangan. Iye lah bagi parents yang berkemampuan boleh lah bayar lebih tapi kalau yang kurang berkemampuan tak dapat pegi la kalau bayar banyak. Bagi mummy parents yang kurang berkemampuan ni pun deserved to be there. Time ni la dia org ni nak berkongsi pengalaman dan mencuba terapi-terapi yang disediakan untuk anak mereka. Mereka ni mungkin tak mampu nak bawak anak dia orang pegi terapi di tempat-tempat swasta. Nak harapkan terapi hospital atau JKM berapa kali je la dia orang boleh bawak anak-anak dia orang pegi. Bukan dapat selalu pun terapi hospital, Khalish pegi terapi kat hospital sekali setiap 6 minggu je sebab ramai yang menunggu giliran. Kami pun bukan orang yang berduit sangat tapi Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi dapat la kami bawak Khalish pegi terapi swasta seminggu sekali. Keluarga pun banyak membantu kami dari segi kewangan.

Bab mintak derma ni Mummy dengan muka tak malunyer hantar whatsapp kat family dan kawan-kawan mintak sumbangan. Ada yang terus bagi tapi kebanyakannya buat tak tau je dengan whatsapp mummy tu. Tak pe lah mungkin mereka dah bagi derma kat tempat lain kot. Mummy pun ada gak mintak kawan-kawan e-mail address syarikat Korporat untuk hantar surat mintak sumbangan. Tapi setakat ni takde jawapan lagi. I tried my best kalau tak dapat jugak nak buat macamana huhu...

Harap-harap Committee dapat la cukup sumbangan untuk menjayakan program ni. Banyak jugak yang diperlukan dalam RM30k+. Insya Allah dengan izin Allah program ini dapat diteruskan. 

Dari Abu Hurairah R.A. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...dan terus bertambah...” 

Hadis Riwayat Al Tirmidzi