Monday 8 June 2015

Khalish's Whereabouts..

Lama gak tak update blog ni...Khalish dah pindah Kelantan but now Khalish & Mummy is back in Shah Alam! Plan nak balik untuk jaga kakak Mummy dia baru lepas operation. Tapi ada complications pulak jadi belum discharge lagi. So, Mummy & Khalish masih di Shah Alam buat masa ni. 

Khalish masuk sekolah PDK masa kat Kelantan ari tu. Mula-mula pihak PDK reject Khalish sebab dia org ambil kanak-kanak umur 6 tahun ke atas je. Tapi, mummy nak Khalish masuk PDK. Iye la kami duk berdua je kat rumah, most of the time Khalish akan tengok tv cerita kartun. Nak exercise kat rumah bukan boleh lama-lama nanti dia cepat boring. Sekarang ni pun Khalish banyak tantrum. Mummy jumpa pegawai JKM kat Kota Bharu tanya dia kenapa Khalish tak boleh masuk PDK sedangkan PDK kat tempat lain boleh je terima takde had umur. Lepas half hour pengetua :PDK pun telefon, Khalish boleh masuk PDK tapi Mummy kena ada sekali sebab they all ada budak hyperactive staff pulak kurang takut tak terkawal nanti. Oooo..sebab tu ke tak nak ambik Khalish. Awat tak cakap awal-awal? Tak pe la Mummy pun tak buat aper jadi boleh je Mummy temankan. Khalish sekolah setiap ahad dengan selasa. Start pukul 9 pagi habis pukul 1 petang. Tapi tau je la budak ni bangun je pukul 9 lebih pukul 11 lebih dah start buat perangai. Boring agaknya. Tak buat aper pun main-main dengan abang dan kakak kat situ. 

Terapi fisio dengan hydro masih diteruskan kat Great Life Kota Bharu tapi seminggu sekali je. Khalish juga dah daftar kat Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK). Ada sessi Occupational Theraphy, Hippotheraphy pun ada. Hippotheraphy ni terapi berkuda. Terapi menunggang kuda antara rawatan terbaik bagi me­nguat­kan tahap keyakinan ka­nak-kanak kerana­ mereka belajar mengimbangi­ badan dengan kekuatan tulang dan otot. Khalish belum cuba lagi terapi berkuda ni sebab masa terapi clash dengan PDK.  Sessi OT Khalish di YOKUK buat dekat bilik sensori 'Snoezelen'. Best la bilik ni dengan alunan muzik yang menenangkan dan lampu-lampu yang colorful tu Mummy rasa macam nak tido je, hehe..Theraphist kat situ bagitau bilik tu berharga RM30,000-RM40,000, ditaja oleh Ronald McDonald House Charities. 

Itu la antara aktiviti Khalish kat Kelantan. Dah besar ni makin banyak demand, dah bijak dia tahu apa yang dia suka dengan tak suka. Alhamdulillah, may you always be in Allah's protection always my son...

Pegi sekolah tengah main bola pun boleh tido, hehe

Muka tak puas hati kena pegi hyrotheraphy
Lebih kurang macam ni la bilik sensori kat YOKUK tu, cantikkan?

Mummy look..a horse (Khalish points at the horse)

No comments:

Post a Comment