OKU - Orang Kelainan Upaya
Biasanya kalau sebut OKU maksudnya Orang Kurang Upaya..tapi Mummy lagi prefer kalau dipanggil Orang Kelainan Upaya. Sebab term 'Kurang Upaya' ni dianggap macam seseorang yang lemah tak berupaya. Pada Mummy orang OKU ni most of them lagi strong dari kita..yes, true fizikalnya mungkin ada yang masalah penglihatan, pendengaran, tak boleh berjalan dan macam-macam lagi. Tapi Allah kurniakan mereka ini kekuatan dalaman, hati yang terang, will power yang kuat untuk meneruskan hidup. Kadang-kadang kecekalan mereka ni dalam meneruskan hidup lebih lagi dari orang biasa. I take my son for an example. Lahir tak cukup bulan, doktor bagi 50-50 chance je nak hidup. Tapi dengan izin Allah, my son berjuang untuk hidup..perkara yang senang bagi kita macam bernafas, makan, berjalan dan sebagainya pada dia adalah struggle. Dia harus diajar untuk bernafas, makan belum berapa pandai menelan lagi, berjalan dan merangkak harus diajar ikut step. Ada-ada hari Mummy rasa nak give up tapi bila tengok muka Angel Mummy ni datang balik semangat.
Khalish early this year baru dapat kad OKU. Ramai jugak yang mempersoalkan kenapa buatkan Khalish kad OKU sebab Khalish nampak normal. Doctor dan nurse di Klinik Kesihatan yang cadangkan Mummy buatkan kad OKU untuk Khalish. Some people have a hard time accepting this..anak aku OKU? Tak mungkin. Mummy terdiam jugak sekejap bila Doc suggest apply kad tu. Tapi fikir positif la..banyak kelebihan ada kad ni. Nanti Mummy post pasal kelebihan ada kad OKU ni. Nak apply pun takde la susah sangat. Kena Doctor isi borang dan tandatangan. Mummy hantar borang kat JKM Shah Alam. Ambik masa dalam sebulan lebih untuk siap.
Bercerita pasal orang-orang OKU ni ramai sekarang ni even kat Malaysia yang boleh kita jadikan sebagai role model. Baru-baru ni dok sibuk orang cerita pasal kumpulan Buskers yang famous masa AJL tahun lepas, Caliph Buskers yang vokalis dia cacat penglihatan. Baru orang buka matakan, orang OKU pun boleh berjaya. Kalau kat overseas dah ramai orang OKU yang berjaya. Stephen Hawkings, Beethoven, Stevie Wonder dan banyak lagi. Dalam keluaran majalah Keluarga baru-baru ni ada siarkan artikel pasal Raja Shamri Raja Husin. Dia seorang OKU yang berjaya. Memiliki syarikat perunding dan motivasi di Kuala Lumpur. Ini semua contoh-contoh yang kita boleh ikut dalam mendidik anak istimewa kita. Insya Allah, amanah dari Allah ini tidak Mummy sia-siakan. Insan-insan OKU...u have my full respect. your abilities is stronger than your disabilites!
Kelebihan kad OKU |
Kad OKU Khalish |
Very good Acil....yr story is a great inspiration to others.....u're great Khalish!
ReplyDeleteInsya Allah, will do my best in raising Khalish...
ReplyDelete