Thursday, 18 December 2014

Khalish & Sensory Issue

Khalish takut bila orang batuk...dia nangis sampai meleleh air mata. Mula-mula tu musykil jugak kenapa sampai macam tu skali. Kesian atok Khalish nak batuk kena lari jauh2 tak nak cucu nangis. 

Khalish tak suka disentuh...orang yang tak tau ingatkan Khalish sombong. 

Khalish suka cengkam kaki dia. Bila ajar dia berdiri sebelah kaki je nak pijak sebelah lagi tak nak pijak lantai.

Semua ini related to masalah sensori. Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Sensory Processing Disorder'.

Sensory processing disorder is a condition in which the brain has trouble receiving and responding to information that comes in through the senses.
Some people with sensory processing disorder are oversensitive to things in their environment. Common sounds may be painful or overwhelming. The light touch of a shirt may chafe the skin.
Others with sensory processing disorder may:
  • Be uncoordinated
  • Bump into things
  • Be unable to tell where their limbs are in space
  • Be hard to engage in conversation or play
Sensory processing problems are usually identified in children. But they can also affect adults. Sensory processing problems are commonly seen in developmental disorders like autism.
Melalui perbincangan dengan theraphist Khalish, bolehlah di simpulkan yang certain perbuatan itu otak Khalish menyampaikan mesej yang berlainan dari biasa. Sebagai contoh bila kita batuk, otak Khalish mungkin menyampaikan mesej yang bunyi batuk itu sebagai menakutkan dan menyakitkan untuk Khalish. Macam tu jugak bila kita menyentuh dia, otak Khalish memberi mesej perbuatan itu menyakitkan dia.

Dr Temple Grandin, seorang penghidap autisma menerangkan mengenai masalah sensorinya :
One of my sensory problems was hearing sensitivity, where certain LOUD noises, such as a school bell, hurt my ears.
It sounded like a dentist drill going through my ears.
- Temple Grandin

Kalau la Khalish boleh bercakap, boleh la dia bagitau aper yang dia rasa masa dia dengar orang batuk tu kan...
Tiada rawatan khusus untuk mengubati masalah sensori ni, cuma dengan Occupational Theraphy atau Terapi Cara Kerja dapat membantu kanak-kanak dengan masalah sensori ini. Theraphist boleh suggest toy atau alat aper yang sesuai digunakan untuk latihan dirumah. Macam Khalish, theraphist suggest guna 'brushing technique'. Kita guna berus lembut untuk berus bahagian-bahagian yang sensitif macam tapak kaki Khalish. Tapi memandangkan Khalish ni dah bijak, kita sibuk nak berus dia pun sama sibuk nak main dengan berus tu plak. Main dengan different textures pun bagus jugak. Macam beras, pasir, kacang...dulu Khalish tak suka sentuh benda-benda ni now dah boleh pegang lama sikit. Ada macam-macam teknik kita boleh buat cuma kena luangkan masa sikit la nak buat semua ni. Tapi sessi terapi sangat membantu Khalish..ada banyak improvement. Kita mungkin fikir kita boleh buat sendiri kat rumah tapi bila dengan anak sendiri bila anak nangis je kita tak sampai hati nak buat dah. Lepas tu bila kat rumah sendiri ada je kerja yang kita nak buat dah tak sempat nak buat terapi anak. 
Ini la serba sedikit pasal isu sensori ni. So tuan-tuan dan puan-puan, kalau anak saya yang sorang ni menangis atau tak nak orang pegang dia, jangan kecik hati ye...maafkan lah dia...


Weighted Blanket - to calm the child

Tuesday, 9 December 2014

November Chaos...

Bulan November berakhir dengan kekalutan, hehe...
Pertengahan bulan November lepas Waleed Khalish balik dari Jeddah. Seminggu lepas tu kita orang gerak ke Melaka untuk Family Day Super Angel (yang Mummy excited sangat dalam post2 yang lepas tu). Memang best...Khalish yang selalunyer tak friendly dengan kawan-kawan sebaya boleh pulak berkawan dengan kakak-kakak and abang-abang Angel dia. Mungkin dia tau geng-geng Angel dia kot. Aktiviti sangat pack sepanjang Family Day tu. Tapi Mummy & Waleed suka sangat...bukan seronok-seronok aje, ada Tazkirah, Stimulaterapi, cerita pengalaman membesarkan anak-anak istimewa ni dan macam-macam lagi. Hadiah pun dapat banyak. Terima kasih bebanyak pada yang sudi menderma, murah rezeki korang. Bila balik dari Family Day tu, Mummy & Waleed rasa lagi semangat sebab dah jumpa insan-insan bertuah yang ada anak special macam kami.

Dari Melaka tu terus gerak ke Pontian balik kampung Waleed. Dekat 5 hari gak la duduk sana. Patut balik awal tapi cermin kereta kami kena pecah. Nak curik aper pun tak pasti sebab yang hilang kunci rumah kat KL ni dengan kipas stroller Khalish! Hisshhh pelik betul. Anyway, lepas semua dah settle kita org balik hari Khamis. On the way back singgah Muar jumpa kawan-kawan Waleed. Masa tu Khalish sihat je. Kita orang sampai rumah agak lewat jugak, Jumaat pagi tu Khalish start cirit. Bagi susu pun muntah, makan pun muntah. Mummy bagi Oral Rehydration Salt tu malam macam kurang sikit tapi dia minum sikit je la sebab dah tak selera. Sabtu pagi cepat-cepat kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Meghana kat TTDI Jaya, Shah Alam. Doctor risau sebab Khalish ni small size kan takut bila tak makan dengan minum berat dia turun lagi. Doctor terus buat surat untuk refer ke hospital.

Dari Shah Alam kami terus gerak ke Hospital Sg Buloh. Biasa la hari sabtu bahagian Kecemasan sibuk la dengan patient yang ramai. Lama gak kami tunggu, by that time Khalish dah lembik tak bermaya. Minum susu pun sikit aje. Masih cirit birit lagi. Bila doctor check as usual Mummy kena cerita jugak la history Khalish serba sedikit. Record Khalish pun masih ada kat sana. Doctor terus warded Khalish pastu check darah. Doctor bagitau Khalish Hypoglycemia. Gula dalam darah Khalish rendah sangat. Terus buat drip kat dua-dua belah tangan. Satu untuk air dan satu lagi untuk air gula. Huhu kesian Khalish nak nangis pun dah tak larat.

Agak lama la tunggu nak warded tu dari pukul 1 petang sampai pukul 4 lebih baru dapat warded. Mummy yang datang sehelai sepinggang ni kena la balik ambik baju semua. Khalish tak nak bangun langsung dia tido aje. Malam pertama dapat tido tak sampai sejam. Ada mak yang jaga anak dia kat katil depan tu tak berhenti-henti batuk. Khalish yang ada masalah sensory apalagi mengangis tak berhenti la..dia memang pantang orang batuk. Nanti Mummy akan ceritakan pasal 'Sensory Processing Disorder' ni pada next post nanti ye. Alhamdulillah second day Khalish dah kembali ceria. Waleed bawak dia jenjalan kat playground di wad Paediatric suka dia. Siap naik kereta mainan lagi. Lama gak warded empat hari tiga malam kat sana. 

Now dah seminggu balik rumah. Nampak ok selera pun bertambah, Alhamdulillah. Mummy start bagi Khalish Qaseh Junior harap-harap ada perubahan la. Mummy risau masalah berat badan Khalish. Doctor yang merawat Khalish tu nak masukkan ryle tube balik kalau Khalish tak naik berat badan. Tolonglah Mummy tak nak...biarla peristiwa Khalish pakai ryle tube dulu tu tinggal kenangan, huhu...

Khalish enjoy Family Day Super Angels :)

Jalan-jalan kat Pontian

Khalish warded, huhu..