Wednesday, 3 July 2013
Khalish & the Geng
Memandangkan Mummy Khalish ni tak bekerja dan Waleed Khalish balik cuti enam minggu sekali je...Mummy & Khalish ada banyak free time selain dari pegi terapi dan appointment hospital. Khalish & Mummy dapat ramai kawan masa Khalish di NICU. Salah seorang yang dah jadi BFF ialah Nora dan anaknya Dhia. Dhia lahir 2 bulan selepas Khalish...lahir pada 25 minggu dengan berat 700gm+, Dhia pun fighter macam Khalish jugak. Dhia ni lahir je terus masuk incubator sebelah Khalish. Mama Dhia without fail tiap-tiap hari visit Dhia. Nora cakap Allah temukan kami sebab masing-masing memerlukan each other. Memang betul terutamanya saat-saat anak kita berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan anak kita perlukan support, memang kita dapat suppport dari suami tapi kadang-kadang kita jugak perlukan support dari teman wanita jugak sebab hanya wanita yang memahami naluri seorang ibu. Selama lebih kurang 100 hari Khalish di NICU ramai yang kami jumpa, ramai jugak yang masih keep in touch, dengan nurses di NICU pun masih ada yang keep in touch lagi. Sekali sekala ada jugak kawan-kawan, seronok jugak gathering ni tengok macam-macam ragam anak masing-masing. Next project nak buat gathering raya dengan kawan-kawan dan nurses kat NICU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment