Tube feeding is a method of providing nutrition to people who cannot sufficiently obtain calories by eating or to those who cannot eat because they have difficulty swallowing. Tubes which transport nutritional formulas can be inserted into the stomach (G-tubes), through the nose and into the stomach (NG-tubes), or through the nose and into the small intestine (NJ tubes). The NG and NJ tubes are considered to be temporary and the G tube is considered more permanent but it can be removed.
Biasanyer premature baby bila di NICU akan di beri tube feeding ni sebab baby premature tak pandai nak hisap atau menelan tak macam baby biasa. Khalish dari lahir sampai lah discharge dari NICU pakai tube feeding. Ya Allah betapa sukarnyer bila bawak balik dengan tiub ni. Bila kecik lagi masih boleh control pergerakan baby kita tapi bila dah besar sikit dah pandai tarik memang la kena hati-hati. Tiub ni amat mudah tercabut dan kita yang tak de medical background ni tak boleh sesuka hati nak insert balik tiub ni. Kena la pegi hospital untuk mintak pasang balik. Susu yang diberi pada bayi kita akan dimasukkan ke dalam tiub menggunakan syringe. Sebelum tu kena check dulu samada tiub tu betul kedudukan atau tidak. Takut tiub tu bergerak bila kita masukkan susu tu susu tu tak pergi ke perut sebaliknyer turun ke paru-paru. Sangatlah bahaya. Masa bawak balik Khalish dengan tiub tu dulu Nurse train dulu untuk check kedudukan tiub dengan cara-cara bagi susu yang betul. Hisshh bila Doctor suruh masuk tiub balik teringat balik kenangan masa dulu...rasa nak nangis aje bila teringat betapa susahnyer guna tiub ni dengan kesian Khalish tak selesa dengan tiub dalam badan dia.
Lepas merayu pada Doctor dia bagi peluang untuk Khalish naikkan berat badan dalam tempoh tiga bulan. Adoiiii...risau nyer! Sekarang ni tengah berusaha untuk naikkan berat badan Khalish. Tukar susu baru, letak Carborie (untuk tambah kalori), bagi air beras, macam-macam petua dah cuba. Harap-harap bertambah la berat badan Khalish.
Anyway, berbalik kepada tiub feeding ni ada 3 tempat boleh insert tiub ni...melalui mulut, hidung atau perut. Mulut dan hidung ni tak selesa la sebab setiap masa kena pakai tapi yang ni untuk sementara sahaja kalau perut (G-Tube) ni permanent tapi selesa la sikit baby boleh bergerak tanpa restriction. Kalau dah takde choice saya akan memilih and insist on the G-Tube ni sebab dah tau sangat kalau insert tiub kat hidung confirm Khalish akan tarik. Dia terlalu sensitif kalau nak letak ubat kat hidung atau telinga pun susah ini kan plak tiub yang sentiasa akan ada pada hidung dia. So in this three months' time I will try my best to get Khalish to gain weight, InsyaAllah....
Khalish masa baru discharge |
Tiub feeding melalui hidung |
Carborie-ditambah dalam susu untuk menambah berat badan |
No comments:
Post a Comment