Dah 5 hari kita melangkah ke 2016..konon-konon Mummy nak update blog sebelum New Year la, hmmm...tak sempat!
Khalish and Mummy balik Shah Alam masa cuti sekolah ari tu. Dua minggu lebih duk sana..melepas rindu dengan famili dan kengkawan. Dah 3 bulan tak balik sana. Dua minggu tu macam-macam aktiviti kami buat. Mula-mula kami ke Melaka dengan Mak Long lepas tu Sunday pegi birthday party Tabah, anakbuah Khalish. Hehe..Khalish kenit ada anakbuah dah dan semestinya anakbuah lagi besar dari dia.
Minggu depannya Mummy hantar Khalish pegi urut Stimulaterapi dengan Mak Ija. Kata Mak Ija dia jumpa Khalish setahun sekali je. Tahun 2014 sekali pastu tahun 2015 baru jumpa balik. Tapi saiz tetap sama kenit hehe. Nak buat camana Mak Ija, kita orang duduk jauh. Niat di hati nak jugak join kengkawan lain yang ambik pakej duduk sebulan dengan Mak Ija. Insya Allah mungkin lepas masalah pemakanan Alish ni settle dulu. Sekarang ni Alish buat treatment dengan Mr Mano di Sg Petani. Alhamdulillah, nampak perubahan sikit.
Time balik ni Mummy berkesempatan untuk beli minyak Essential Oil untuk Khalish. Minyak Brain Power bagus untuk anak-anak istimewa, Khalish dah guna setahun ni beli second bottle. Guna sikit-sikit kalau guna banyak cepat habis pulak, minyak ni mahal. Minyak ni kawan Mummy yang blend sendiri, dia Aromatheraphist bertauliah dan ada klinik sendiri di Bangi.
Time balik ni jugaklah boleh bawak Khalish gunting rambut. Rambut Khalish dah tak terurus kerinting kat bawah depan panjang tutup mata. So far Tasha ni je lah yang berjaya gunting rambut Khalish. Kat Kelantan tak jumpa lagi tukang gunting rambut yang berani gunting rambut Khalish. Itu pun masa gunting Khalish buat perangai.. nasib baik lah Tasha ni pantas, haha..
Masa balik ni juga Mummy belikan Khalish jus Caliph Sunnah. Mummy dah lama teringin nak cuba jus ni sebab tengok kat Instagram penyanyi Fynn Jamal bagi ke anaknya yang diagnose Autism jus Caliph. Semakin hari semakin bagus perkembangan anak dia. Jus ni ada kurma, kismis, madu, buah tin dengan aprikot. Banyak khasiatnya pastu bau berri. Sedap sangat. Mummy start bagi dah dekat 3 minggu so far ada perubahanlah. Khalish dah kurang melawan bila nak makan. Dulu kalau suap dia macam nak berperang. Sekarang ni dia nak jugak lah bukak mulut. Walaupun makan tak sebanyak budak biasa tapi at least dia nak jugak lah makan. Minum susu pun dah banyak. Alhamdulillah...semoga berterusanlah macam ni.
Time balik sekali sekala ni Mummy sempatlah jumpa dengan kawan-kawan melepas rindu. Kami bertiga dengan anak masing-masing tido 1 malam di Homestay Ummi, Country Heights, Kajang. Best rumah tu facing tasik. Esoknya kawan-kawan yang lain datang brunch dengan anak-anak mandi di mini pool. Ini semua kawan-kawan 'precious' Mummy masa anak-anak kami 'check in' di NICU Hospital Sg Buloh. Suka sangat dapat jumpa..terubat rindu. Alhamdulillah walaupun anak-anak kami dah nak masuk umur 4 tahun kami masih keep in touch.
Mummy and Khalish jugak sempat jumpa Mastura untuk dapatkan advise and experience dia as a special child. How her parents raised her and the struggle she have to go through..really admire dia lah! I wish Khalish can be like her someday...
The rest of 2 weeks kami di Shah Alam banyak spend time with family. Tak tahu lagi bila boleh lepak-lepak macam ni. Even last day pun sempat lagi Mummy and Khalish jumpa Rayyan main bubble kat Setia Alam. Lunch kat sana and bawak budak-budak main di park, enjoy sangat! Khalish pulak surprisingly can get along well dengan anakbuah dia Rayyan. Boleh main celup-celup bubble tu. First time tengok Khalish pandai pegang sendiri stick tu.
So our 2 weeks in Shah Alam was well spend..for Khalish's benefit and Mummy dapat jumpa family and friends. Thank you family and friends for the wonderful two weeks. Now back to reality and back to theraphies and appointments for Khalish!
Khalish & Mummy kat The Shore, Melaka |
Ini lah jus Caliph yang Khalish makan tu |
Mummies & Ex Premmies |
Khalish & Rayyan main bubbles |
Acara gunting rambut aka sesi melalak! |
No comments:
Post a Comment