Thursday, 14 January 2016

Hmmm...nak panggil anak-anak kami ni aper ye?

Minggu lepas, Mummy ada berjumpa seorang hamba Allah..first time dia jumpa Khalish. Bila diberitahu Khalish ni anak istimewa dia pun bercerita pasal adik dia. Bila Mummy tanya adik akak kenapa. Dia jawab "oh adik akak retarded". Errr...telan air liur Mummy kat situ dengar jawapan dia. Maksud dia 'retarded' tu adik dia Down Syndrome. Masih ada lagi masyarakat kita yang masih belum sensitif dengan panggilan anak-anak OKU ini. Perkataan OKU itu seelok-eloknya kita panggil orang kelainan upaya la ye bukan orang kurang upaya. 

Seringkali perkataan 'cacat' digunakan untuk menggambarkan perbuatan yang pelik atau kelakar. Contohnya "eh kau ni dah kenapa macam orang cacat je?" atau pun "kenapa kau ni perangai macam orang terencat je?". Ok Mummy admit masa belum ada Khalish Mummy tak endah mengenai correct words atau terms nak panggil golongan istimewa ni. Mummy jugak macam orang-orang lain yang kurang kesedaran mengenai kewujudan golongan ini. Tapi tak salahkan kalau kita belajar perkataan-perkataan yang betul untuk jaga hati golongan ini. Mereka pun manusia jugak ada hati dan perasaan. 

Kami panggil anak-anak kami 'anak syurga'. Tapi ada jugak orang yang mempersoalkan pasal gelaran ini. Antara komen-komen seperti 'kenapa panggil anak syurga pulak ada ke hadis-hadis mengatakan anak cacat ni anak syurga?', 'Even Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak menjamin anaknya Zainab yang wafat sebelum baginda SAW bebas dari himpitan kubur ?'...kalau dekat FB tu ada aje lah yang komen-komen menghina anak kami. Kalau ikut hati nak aje pegi jumpa orang yang bagi komen tu cilikan mulut dia. Dia tak rasa apa yang kami ni rasa..bongkaknya awak kan..mana tau satu hari nanti Allah bagi awak anak istimewa baru tau apa yang kami rasa. Tapi biasa lah mulut orang mana boleh tutup, mulut tempayan boleh la tutup hehe...

Anak kami ni boleh jugak dipanggil 'special children' atau 'special needs children'. Sebab mereka ni unik kan..setiap seorang keadaannya tak sama. Setiap kanak-kanak dan individu yang ada Celebral Palsy tu ada berbagai jenis dan tidak mempunyai jenis yang sama. Sama jugak dengan Autism. Jadi tak perlulah kita nak melabelkan mereka semua ni 'cacat'. Tak salahkan kalau kita tanya keadaan mereka sebelum kita nak judge mereka. Tapi tak payahlah tanya dengan gaya ala-ala makcik kepoh atau kita tenung dia orang ni sampai tak berkelip mata. Biasalah orang-orang kita ni kan..Mummy selalu ditanya pasal Khalish, Dia orang pelik sebab Khalish nampak macam gaya budak besar tapi badan macam budak umur 6,7 bulan gitu. Kalau gaya pertanyaan tu menyenangkan hati Mummy, Mummy ceritalah pasal Khalish tapi kalau gaya pertanyaan tu macam nak kepoh Mummy jawab senang je umur Khalish 1 tahun pastu bila orang tu cakap 'keciknyer' Mummy senyum je dan blah. Habis cerita, hehehe...

Mungkin akan ambil masa bertahun-tahun untuk masyarakat menerima kehadiran anak-anak syurga ni. Mungkin sampai bila-bila pun akan ada orang yang tetap memanggil anak-anak ini 'budak cacat'. Tapi apa yang kita boleh buat ialah beri kesedaran serba sedikit mengenai isu ini. Insya Allah walaupun sedikit tapi membawa perubahan. Mungkin ada ibu bapa yang masih tidak dapat menerima kenyataan keadaan anak mereka bila kita panggil anak mereka 'cacat' atau 'retarded' tak ke bertambah kesedihan mereka? Hopefully isu yang Mummy tulis ni terlekat sikit di hati pembaca-pembaca semua dan the next time you see these people you will remember them as 'special'. Please share this with your friends..hopefully it brings more changes! *hugs from Khalish & Mummy 










Tuesday, 5 January 2016

Khalish's Busy Schedule

Dah 5 hari kita melangkah ke 2016..konon-konon Mummy nak update blog sebelum New Year la, hmmm...tak sempat!

Khalish and Mummy balik Shah Alam masa cuti sekolah ari tu. Dua minggu lebih duk sana..melepas rindu dengan famili dan kengkawan. Dah 3 bulan tak balik sana. Dua minggu tu macam-macam aktiviti kami buat. Mula-mula kami ke Melaka dengan Mak Long lepas tu Sunday pegi birthday party Tabah, anakbuah Khalish. Hehe..Khalish kenit ada anakbuah dah dan semestinya anakbuah lagi besar dari dia. 

Minggu depannya Mummy hantar Khalish pegi urut Stimulaterapi dengan Mak Ija. Kata Mak Ija dia jumpa Khalish setahun sekali je. Tahun 2014 sekali pastu tahun 2015 baru jumpa balik. Tapi saiz tetap sama kenit hehe. Nak buat camana Mak Ija, kita orang duduk jauh. Niat di hati nak jugak join kengkawan lain yang ambik pakej duduk sebulan dengan Mak Ija. Insya Allah mungkin lepas masalah pemakanan Alish ni settle dulu. Sekarang ni Alish buat treatment dengan Mr Mano di Sg Petani. Alhamdulillah, nampak perubahan sikit. 

Time balik ni Mummy berkesempatan untuk beli minyak Essential Oil untuk Khalish. Minyak Brain Power bagus untuk anak-anak istimewa, Khalish dah guna setahun ni beli second bottle. Guna sikit-sikit kalau guna banyak cepat habis pulak, minyak ni mahal. Minyak ni kawan Mummy yang blend sendiri, dia Aromatheraphist bertauliah dan ada klinik sendiri di Bangi. 

Time balik ni jugaklah boleh bawak Khalish gunting rambut. Rambut Khalish dah tak terurus kerinting kat bawah depan panjang tutup mata. So far Tasha ni je lah yang berjaya gunting rambut Khalish. Kat Kelantan tak jumpa lagi tukang gunting rambut yang berani gunting rambut Khalish. Itu pun masa gunting Khalish buat perangai.. nasib baik lah Tasha ni pantas, haha..

Masa balik ni juga Mummy belikan Khalish jus Caliph Sunnah. Mummy dah lama teringin nak cuba jus ni sebab tengok kat Instagram penyanyi Fynn Jamal bagi ke anaknya yang diagnose Autism jus Caliph. Semakin hari semakin bagus perkembangan anak dia. Jus ni ada kurma, kismis, madu, buah tin dengan aprikot. Banyak khasiatnya pastu bau berri. Sedap sangat. Mummy start bagi dah dekat 3 minggu so far ada perubahanlah. Khalish dah kurang melawan bila nak makan. Dulu kalau suap dia macam nak berperang. Sekarang ni dia nak jugak lah bukak mulut. Walaupun makan tak sebanyak budak biasa tapi at least dia nak jugak lah makan. Minum susu pun dah banyak. Alhamdulillah...semoga berterusanlah macam ni.

Time balik sekali sekala ni Mummy sempatlah jumpa dengan kawan-kawan melepas rindu. Kami bertiga dengan anak masing-masing tido 1 malam di Homestay Ummi, Country Heights, Kajang. Best rumah tu facing tasik. Esoknya kawan-kawan yang lain datang brunch dengan anak-anak mandi di mini pool. Ini semua kawan-kawan 'precious' Mummy masa anak-anak kami 'check in' di NICU Hospital Sg Buloh. Suka sangat dapat jumpa..terubat rindu. Alhamdulillah walaupun anak-anak kami dah nak masuk umur 4 tahun kami masih keep in touch. 

Mummy and Khalish jugak sempat jumpa Mastura untuk dapatkan advise and experience dia as a special child. How her parents raised her and the struggle she have to go through..really admire dia lah! I wish Khalish can be like her someday...

The rest of 2 weeks kami di Shah Alam banyak spend time with family. Tak tahu lagi bila boleh lepak-lepak macam ni. Even last day pun sempat lagi Mummy and Khalish jumpa Rayyan main bubble kat Setia Alam. Lunch kat sana and bawak budak-budak main di park, enjoy sangat! Khalish pulak surprisingly can get along well dengan anakbuah dia Rayyan. Boleh main celup-celup bubble tu. First time tengok Khalish pandai pegang sendiri stick tu.

So our 2 weeks in Shah Alam was well spend..for Khalish's benefit and Mummy dapat jumpa family and friends. Thank you family and friends for the wonderful two weeks. Now back to reality and back to theraphies and appointments for Khalish! 

Khalish & Mummy kat The Shore, Melaka
Ini lah jus Caliph yang Khalish makan tu

Mummies & Ex Premmies
Khalish & Rayyan main bubbles

Acara gunting rambut aka sesi melalak!