Saturday, 15 August 2015

Jom kita buat #random kindness??

As salam semua..Selamat Hari Raya! Raya ada beberapa hari lagi nih...mesti yang duk kat KL sibuk pegi open house kan? Mummy kat Kota Bharu ni dok diam2 kat rumah jek, kawan belum ramai so takde jemputan la lagi, hehe..

Topik mummy nak cite kali ni pasal kebaikan yang kita buat kat strangers..perkataan 'random kindness' ni Mummy ambik dari instagram Fynn Jamal (penyanyi lagu Arjuna Beta tu). Masa bulan puasa ari tu tiap-tiap hari dia dok bincang topik ni. Sebenarnya tak susah kita nak buat amal kebajikan. Dulu masa zaman sebelum Facebook susah la kita nak buatkan. Nak derma duit kena carik golongan fakir miskin. Sekarang ni bukak Facebook ada banyak post pasal orang yang perlukan bantuan. Ada yang anak sakit tak cukup duit, ada yang mangsa banjir, ada yang nak buat sekolah tahfiz. Info semua ada kat situ dengan nombor bank account semua. Tinggal kita transfer je online. Ada yang beranggapan duit sendiri pun tak cukup camana nak derma. Insya Allah jangan risau ada la rezeki kita. Mummy pernah dengar ada orang cakap sebenarnya duit yang kat dalam poket tu bukan kita punya tapi duit yang kita dermakan tu la duit kita. Tak dapat bagi banyak sikit pun xpe lah. Tapi kita buat random kindness ni bukan hanya bagi duit aje, kita boleh jugak sumbangkan tenaga kita atau kepakaran kita. Kita tolong promotekan pun boleh. Misalnya kalau kita tahu ada badan kebajikan yang perlukan baju-baju terpakai kita tolong la sebarkan maklumat. Tanya kawan-kawan atau family ke ada yang nak derma. Kalau kita takde masa nak buat semua tu, masa kita pergi kerja kita bayar tol boleh je kita tolong bayarkan sekali kereta yang kat belakang kita. Walaupun tak kenal tapi kita tolong tanpa dapatkan apa-apa balasan. 

Kita mungkin tak perasan tapi bila time kita tengah kering tu tiba-tiba ada rezeki terpijak yang kita tak sangka-sangka boleh dapat. Mungkin dulu kita pernah tolong orang masa kesusahan jadi Allah balas balik pertolongan kita. Buat kebajikan ni jangan kita fikir pada manusia aje, pada binatang pun boleh jugak. Kita tolong bagi makan anak kucing kat tepi rumah kita ke. Itu pun boleh dikira random kindness gak kan...

Tapi bila buat kebaikan tu jangan lah nak bermegah plak, kat FB siap upload gambar bagai. Pada Mummy, it's ok kalau nak letak gambar kita buat aktiviti kebajikan dengan tujuan kita nak create awareness pasal charity tu. Atau kita nak inspire people to follow our way. Tapi jangan la sampai orang meluat pulak hehe..

Anyway, Mummy terjumpa this charity kat FB. Komuniti Kurang Upaya (KOKU Project) memberikan perkhidmatan terapi secara percuma utk kanak2 OKU yang pendapatan seisi keluarga berada di bawah rm900. Dan juga harga caj dan rawatan terapi yg murah mengikut pendapatan seisi keluarga. Rawatan terapi ini dijalankan di rumah OKU itu sendiri.
Koku Project juga mempunyai produk pakaian mereka sendiri. Pembelian t-shirt keluaran Koku Project akan disalurkan ke dalam dana #kokuproject sendiri utk membantu golongan OKU yg kurang bernasib baik untuk sama-sama mendapat pendidikan dan terapi yang sama seperti golongan OKU yg lain.Oleh sebab itu, Koku Project memerlukan dana dan derma dari orang ramai untuk sama2 memenuhkan tabung #kokuproject demi membantu golongan OKU yang kurang bernasib baik.
Mummy belum berkesempatan lagi nak jumpa orang kuat Koku Project ni. Anak muda umur 20an yang memperjuangkan nasib orang-orang OKU. Dia buat kerja amal ni tanpa bayaran sesen pun. Banyak pahala mu, dik...Mummy respect orang-orang macam ni, ni la the true act of #random kindness kan?
Akhir sekali, maafkan mummy kalau ada yang tak berapa setuju dengan tulisan Mummy ni. Bukan nak mengajar cara-cara buat kebajikan, I'm sure many of you memang dah lama amalkan buat kebajikan ni kan? Cuma sekadar ingat-mengingatkan sesama kita je. Kadang-kadang bila kita busy dengan life masing-masing kita lupa pada orang lain. Pertolongan kita mungkin kecil tapi maybe boleh bagi impact yang besar pada orang yang kita tolong tu. 









No comments:

Post a Comment