Lebih kurang seminggu lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri..cepatnyer masa berlalu. Sedang kita sibuk dengan persiapan raya, ada keluarga yang bersedih kehilangan permata mereka.
Dua tiga hari lepas, keluarga anak syurga kami dikejutkan dengan pemergian dua anak syurga yang disayangi. Walaupun hanya kenal dalam group whatsapp tapi kami teman 'sekasut' turut merasai pemergian anak-anak ini. Mummy banyak join group FB dan whatsapp untuk parents yang ada anak-anak istimewa. Dalam sebulan ada aje berita pemergian anak-anak istimewa ini. Sedih tak dapat bayangkan apa perasaan parents kehilangan anak. Tapi semuanya redha dengan ketentuan Allah mereka ni kuat-kuat belaka.
Mummy ada terfikir, adakah anak-anak istimewa ni umur tak panjang? Memang ajal maut di tangan Allah kita perlu redha dengan ketentuannya.
Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Nafi' hadith dari Hafas b 'Ubaidillah hadith dari Anas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya) masuk dia ke dalam syurga.' Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia: 'Atau, adakah dua?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Atau dua!'. Berkata seorang perempuan: 'Semoga mengharap aku, maka berkata aku: 'Atau satu (yakni, seorang)!' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Mesej yg disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w) adalah tetap sama, iaitu, sepasangan ibubapa yg seorang atau dua orang atau tiga orang anak mereka meninggal ketika belum sampai umur baligh, mereka (yakni, anak-anak itu) jadi pendinding dari kedua ibubapanya dari api neraka di akhirat kelak. Maksudnya, kedua ibubapanya yg rida dgn kematian anak-anaknya akan mendapat balasan syurga. Diperjelaskan dalam hadith-hadith lain bahawa kanak-kanak yg belum baligh itu suci dari dosa, maka mereka secara otomatis masuk syurga. Jikapun kedua ibubapanya tak berjaya mendapat syurga, namun ketika diperintah oleh Allah (a.w) supaya mereka masuk syurga, mereka enggan selagi Allah (a.w) tidak perkenankan kedua ibubapanya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama mereka.
http://yayasan-ilmu.blogspot.com/
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedangkan kita merasa sedih apatah lagi ibu bapa yang menjaga siang dan malam. Pasti terasa kehilangan. Sebagai orang Islam, kita perlu sedar yang dunia ini adalah sementara. Harta dan anak bila-bila Allah boleh tarik balik. Tapi apakah persediaan kita dalam menghadapi kemungkinan ini...adakah cukup dengan apa yang kita didik anak kita? Adakah kita sudah berusaha sedaya upaya untuk anak syurga kita semasa mereka masih hidup? Atau kita give up dan membiarkan anak kita menerima takdirnya tanpa sebarang usaha?
Anak adalah amanat dari Allah apatah lagi anak syurga.
ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,”. (Surah at-Tin: 4)
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Ustaz Mohd Shahrizal Nasir berkata, setiap ibu bapa mesti menghargai nikmat ALLAH SWT, anggaplah anak itu sebagai rahmat dari ALLAH SWT untuk kita. Sempurna atau sebaliknya mereka perlu ditatang kerana anak itu dari ALLAH SWT.
Petikan dari Sinar Harian
Mummy ingat lagi masa Family Day Super Angels tahun lepas, ustaz yang bagi ceramah ada bagitau ibu bapa anak-anak istimewa ni beruntung sebab tak perlu risau dalam mendidik tak macam anak-anak normal. Banyak cabaran sekarang ni. Anak-anak istimewa senang dijaga mereka takde dosa.
Pada Mummy lah selagi mereka ni bernyawa selagi itulah kita usaha sedaya upaya beri yang terbaik untuk mereka. Take one step at a time, not to think too much of the future dan ingat Allah duga kita setakat yang kita mampu. Tiada manusia yang perfect, Mummy pun begitu jugak. Ada masa down, ada masa malas dan ada masa rajin. Apa yang Mummy tulis disini juga adalah untuk rujukan Mummy jugak.
Sempena bulan yang mulia ini, Mummy nak memohon ampun dan maaf jika ada yang tersinggung dengan tulisan Mummy ni. Niat Mummy menulis untuk rujukan kita bersama bukan untuk menunjuk pandai atau menunding jari pada sesiapa. Semoga Ramadhan ini memberi kita seribu rahmat, keampunan dan keberkatan. Amin Ya Rabbil Alamin.