Tuesday, 9 December 2014

November Chaos...

Bulan November berakhir dengan kekalutan, hehe...
Pertengahan bulan November lepas Waleed Khalish balik dari Jeddah. Seminggu lepas tu kita orang gerak ke Melaka untuk Family Day Super Angel (yang Mummy excited sangat dalam post2 yang lepas tu). Memang best...Khalish yang selalunyer tak friendly dengan kawan-kawan sebaya boleh pulak berkawan dengan kakak-kakak and abang-abang Angel dia. Mungkin dia tau geng-geng Angel dia kot. Aktiviti sangat pack sepanjang Family Day tu. Tapi Mummy & Waleed suka sangat...bukan seronok-seronok aje, ada Tazkirah, Stimulaterapi, cerita pengalaman membesarkan anak-anak istimewa ni dan macam-macam lagi. Hadiah pun dapat banyak. Terima kasih bebanyak pada yang sudi menderma, murah rezeki korang. Bila balik dari Family Day tu, Mummy & Waleed rasa lagi semangat sebab dah jumpa insan-insan bertuah yang ada anak special macam kami.

Dari Melaka tu terus gerak ke Pontian balik kampung Waleed. Dekat 5 hari gak la duduk sana. Patut balik awal tapi cermin kereta kami kena pecah. Nak curik aper pun tak pasti sebab yang hilang kunci rumah kat KL ni dengan kipas stroller Khalish! Hisshhh pelik betul. Anyway, lepas semua dah settle kita org balik hari Khamis. On the way back singgah Muar jumpa kawan-kawan Waleed. Masa tu Khalish sihat je. Kita orang sampai rumah agak lewat jugak, Jumaat pagi tu Khalish start cirit. Bagi susu pun muntah, makan pun muntah. Mummy bagi Oral Rehydration Salt tu malam macam kurang sikit tapi dia minum sikit je la sebab dah tak selera. Sabtu pagi cepat-cepat kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Meghana kat TTDI Jaya, Shah Alam. Doctor risau sebab Khalish ni small size kan takut bila tak makan dengan minum berat dia turun lagi. Doctor terus buat surat untuk refer ke hospital.

Dari Shah Alam kami terus gerak ke Hospital Sg Buloh. Biasa la hari sabtu bahagian Kecemasan sibuk la dengan patient yang ramai. Lama gak kami tunggu, by that time Khalish dah lembik tak bermaya. Minum susu pun sikit aje. Masih cirit birit lagi. Bila doctor check as usual Mummy kena cerita jugak la history Khalish serba sedikit. Record Khalish pun masih ada kat sana. Doctor terus warded Khalish pastu check darah. Doctor bagitau Khalish Hypoglycemia. Gula dalam darah Khalish rendah sangat. Terus buat drip kat dua-dua belah tangan. Satu untuk air dan satu lagi untuk air gula. Huhu kesian Khalish nak nangis pun dah tak larat.

Agak lama la tunggu nak warded tu dari pukul 1 petang sampai pukul 4 lebih baru dapat warded. Mummy yang datang sehelai sepinggang ni kena la balik ambik baju semua. Khalish tak nak bangun langsung dia tido aje. Malam pertama dapat tido tak sampai sejam. Ada mak yang jaga anak dia kat katil depan tu tak berhenti-henti batuk. Khalish yang ada masalah sensory apalagi mengangis tak berhenti la..dia memang pantang orang batuk. Nanti Mummy akan ceritakan pasal 'Sensory Processing Disorder' ni pada next post nanti ye. Alhamdulillah second day Khalish dah kembali ceria. Waleed bawak dia jenjalan kat playground di wad Paediatric suka dia. Siap naik kereta mainan lagi. Lama gak warded empat hari tiga malam kat sana. 

Now dah seminggu balik rumah. Nampak ok selera pun bertambah, Alhamdulillah. Mummy start bagi Khalish Qaseh Junior harap-harap ada perubahan la. Mummy risau masalah berat badan Khalish. Doctor yang merawat Khalish tu nak masukkan ryle tube balik kalau Khalish tak naik berat badan. Tolonglah Mummy tak nak...biarla peristiwa Khalish pakai ryle tube dulu tu tinggal kenangan, huhu...

Khalish enjoy Family Day Super Angels :)

Jalan-jalan kat Pontian

Khalish warded, huhu..

Wednesday, 19 November 2014

World Prematurity Day 2014

Setiap 17hb November satu dunia menyambut Hari Prematurity. Tujuan mengadakan hari ni ialah untuk create awareness tentang isu kelahiran Pramatang ni. 1 dalam 10 bayi di dunia ini dilahirkan pramatang.

Sebab-sebab kelahiran pramatang tidak dapat diketahui secara detail tetapi antara faktor yang boleh mengundang kepada kelahiran pramatang adalah 

-pecah ketuban awal
-pernah mengalami kelahiran pramatang
- uterus dan servik luar biasa
- tekanan darah tinggi semasa mengandung
- jangkitan pada salur kencing

Doktor suspect sebab Khalish dilahirkan awal sebab Mummy ada cervical incompetence (lemah pangkal rahim). Kecederaan atau kelemahan pada dinding rahim menjadikan ia sukar untuk menampung janin dengan kuat. Keguguran yang disebabkan oleh kelemahan pangkal rahim boleh dikesan dengan beberapa tanda amaran. Sesetengah wanita menunjukkan simptom-simptom sakit pada bahagian belakang atau lelehan yang banyak pada faraj tetapi ia mungkin tidak banyak atau tiada pendarahan atau kesakitan. Dalam kes Khalish, Mummy ada sakit tapi takde pendarahan pun. Sempat buat 4D scan lagi masa sakit tu. Doctor ada bagitau kalau Mummy pregnant lagi, doktor akan jahit rahim supaya tak terbuka nanti bila dah dekat due date baru doctor buka jahitan. Errrr...ngilu nyer ni yang buat Mummy takut nak pregnant lagi.

Anyway, sebelum Khalish lahir Mummy tak tau apa-apa pun pasal kelahiran pramatang ni. Bila Khalish lahir pun takde siapa yang nak guide pasal risiko kelahiran pramatang, penjagaan bayi pramatang dan macam-macam lagi. Sedikit sebanyak informasi Mummy dapat dari doktor dengan nurse kat NICU. Kat NICU tu ada la brochure-brochure pasal pramatang ni tapi tak banyak sangat info. Nasib baik la Mummy ada kawan-kawan yang senasib kat NICU tu, sedikit sebanyak ada jugak la support dari kawan-kawan pastu compare notes dengan each other.

Impian Mummy nak tulis buku pasal isu pramatang ni. Terlalu banyak isu yang perlu kita tahu bila kita ada anak pramatang ni. Kalau boleh nak je lepak kat NICU tu bagi support kat mak-mak baru kat sana. Dulu masa mula-mula Khalish masuk NICU tu Mummy and Waleed sangat la blur tak tau aper-aper. Lepas 5 bulan Khalish kat sana baru la Mummy dapat menyesuaikan diri dan tau serba sedikit pasal baby prem ni. Tapi amat la penting untuk kita carik info kat internet. Jangan putus asa dan mengharapkan doktor dengan nurse semata-mata. Kita sebagai parents kena tau pasal keadaan anak kita. According to kawan Mummy yang rajin carik info kat internet, kat oversea dia org siap ada ibu-ibu yang standby kat hospital untuk bagi support kat ibu-ibu prem yang baru. Bagus betul kalau kat Malaysia buat camtu. Tapi tau je la kat Malaysia ni lambat sikit kalau hal-hal macam ni. Sambutan Hari Bayi Pramatang ni pun tak buat. Hmmm...macamana yek nak create awareness pasal isu ni? At least kalau kita tau pasal hal ni masa pregnant boleh berjaga-jaga kan? Ok la harap-harap semakin lama semakin ramai yang tau pasal isu ni. Mungkin satu hari nanti impian mummy untuk buat exhibition kat hospital pasal Premature Birth ni akan tercapai jugak, doakan la ye?

Khalish, my superhero

Ini la kawan-kawan Khalish..semua baby premature dah besar-besar belaka, Khalish je maintain kecik..hehe

Ini kita orang sambut last year, tahun ni tak buat pun 





Monday, 10 November 2014

Apa itu Global Developmental Delay?

  1. Global developmental delay is defined as significant delay in two or more of the following developmental domains: gross/fine motor, speech/language, cognition, social/personal, and activities of daily living.
  2. Itu definasi dalam English. Kalau Bahasa Melayu tak sure plak the correct term tapi secara kesimpulannya Global Developmental Delay (GDD) yang Mummy faham ialah perkembangan yang lewat dari usia yang sepatutnyer. Khalish doctor dah diagnose as GDD. Umur Khalish dah 2 tahun 9 bulan tapi perkembangan dia lebih kurang macam budak umur 6 atau 7 bulan. Khalish masih belum boleh duduk sendiri tapi kalau kita dudukkan dia ok je. Merangkak pun belum tapi dah boleh meniarap. Posisi favourite dia bergolek..laju je dia nak bergolek kalau nak pegi mana-mana. Merangkak tak nak langsung. 
  3. Sebenarnyer kat Malaysia ni susah nak jumpa anak-anak GDD ni, kalau Celebral Palsy atau Autism ramai. Mummy pun tak banyak info pasal GDD. Tapi Mummy percaya kalau kita rajin bawak anak kita terapi, ajar kat rumah Insya Allah dengan izin Allah satu hari nanti anak kita boleh bercakap, berjalan dan belajar seperti kanak-kanak normal. Cepat atau lambat parents kena sabar ye...
  4. Punca GDD ini tidak dapat disahkan tapi kelahiran pramatang adalah salah satu yang boleh dikatakan punca kepada GDD. 
  5. Early intervention sangat penting untuk anak-anak GDD ini. Pendedahan awal pada terapi fisio, terapi carakerja, terapi hidro dan lain-lain sangat berguna untuk anak-anak ini. Khalish mula sessi terapi sebelum umur setahun lagi. Pada Mummy walaupun perkembangan Khalish lambat tapi ada perubahannya. Kalau lah Mummy & Waleed kaya raya nak aje buat Theraphy Centre untuk Khalish dengan kawan-kawan. Hari-hari Khalish boleh berterapi, hehe...
  6. Khalish pegi shopping, hehe..

    Khalish main playdoh kat rumah, dia tak suka sekejap je main pastu dia campak

    Khalish enjoy duduk dlm pool penuh bola, dulu tak suka masuk je dalam pool nangis sekarang relax je :)

Monday, 3 November 2014

Derma oh derma...

Khalish nak pegi Family Day for Super Angels! Haha...mummy dia yang excited. Mummy ada masuk group Super Angels kat FB. Group ni untuk parents yang ada special children. Pastu ada terbaca pasal Family Day kat Melaka 23hb November ni. Tengok aktiviti macam best je. Ada stimulaterapi, aquaterapi, talk dan yang paling best dapat jumpa parents yang senasib. Timing pun cantik je, Waleed Khalish ada balik bercuti time tu. Bayaran hanya RM50 je untuk seorang parent atau anak istimewa yang umur 12 tahun ke atas. Harga tu sangat-sangat murah sebab termasuk makan minum dan tempat tinggal. Tapi itu kalau dapat sponsorship/sumbangan yang cukup la. 

Mummy pun menawarkan diri untuk tolong carik sumbangan. Iye lah bagi parents yang berkemampuan boleh lah bayar lebih tapi kalau yang kurang berkemampuan tak dapat pegi la kalau bayar banyak. Bagi mummy parents yang kurang berkemampuan ni pun deserved to be there. Time ni la dia org ni nak berkongsi pengalaman dan mencuba terapi-terapi yang disediakan untuk anak mereka. Mereka ni mungkin tak mampu nak bawak anak dia orang pegi terapi di tempat-tempat swasta. Nak harapkan terapi hospital atau JKM berapa kali je la dia orang boleh bawak anak-anak dia orang pegi. Bukan dapat selalu pun terapi hospital, Khalish pegi terapi kat hospital sekali setiap 6 minggu je sebab ramai yang menunggu giliran. Kami pun bukan orang yang berduit sangat tapi Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi dapat la kami bawak Khalish pegi terapi swasta seminggu sekali. Keluarga pun banyak membantu kami dari segi kewangan.

Bab mintak derma ni Mummy dengan muka tak malunyer hantar whatsapp kat family dan kawan-kawan mintak sumbangan. Ada yang terus bagi tapi kebanyakannya buat tak tau je dengan whatsapp mummy tu. Tak pe lah mungkin mereka dah bagi derma kat tempat lain kot. Mummy pun ada gak mintak kawan-kawan e-mail address syarikat Korporat untuk hantar surat mintak sumbangan. Tapi setakat ni takde jawapan lagi. I tried my best kalau tak dapat jugak nak buat macamana huhu...

Harap-harap Committee dapat la cukup sumbangan untuk menjayakan program ni. Banyak jugak yang diperlukan dalam RM30k+. Insya Allah dengan izin Allah program ini dapat diteruskan. 

Dari Abu Hurairah R.A. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...dan terus bertambah...” 

Hadis Riwayat Al Tirmidzi




Monday, 20 October 2014

Khalish at 2

Pejam celik, pejam celik Khalish dah 2 tahun lebih. Cepatnyer masa berlalu...
'Time flies whether you are having fun or not...it's up to you to be the navigator'
Khalish still goes to theraphy every week; physio once a week, occupational theraphy twice a month, hydro once a month. Sekarang ni nak start stimulatheraphy balik dah lama tak pergi ever since kami duduk di Saujana Utama, Sg Buloh ni. 
On his progress, Khalish can sit without support tapi mummy still kena dudukkan dia la..tapi progress dia yang paling bagus he can hold his bottle on his own! Alhamdulillah...yeay! He is very independent, mummy boleh ambil order kek sekarang ni sebab Khalish boleh duduk diam-diam tengok tv sambil main toy dia. Delivery pun mummy bawak dia sebab dia duduk kat car seat dia and entertain himself. Khalish good boy...
Alhamdulillah I'm so thankful to Allah kurniakan Khalish to us, he is our entertainer, teman mummy kala sunyi, he is everything to us...
Anyway, kami dinasihatkan untuk apply kad OKU untuk Khalish. Takpela..walau sedih Khalish dianggap OKU tapi kami redha. Untuk kebaikan Khalish jugak bila dapat kad nanti, Khalish boleh dapat allowance OKU dengan masuk kelas PDK (Pendidikan Dalam Komuniti). Borang OKU ni kena isi dalam 3 salinan. Kena dapatkan report dari doktor dengan gambar ukuran paspot. Doctor tulis dalam report Khalish GDD je. GDD ni ialah Global Developmental Delay. Nanti mummy cerita pasal GDD ni ye. For now..ni la cerita Khalish hopefully lepas ni mummy rajin update blog ni lagi, hehe.

Khalish masa 2nd birthday party last February
Khalish the Cheeky boy :)

Sunday, 3 November 2013

Physiotheraphy, Occupational Theraphy & Stimulatheraphy...semua untuk Khalish

Assamualaikum,

Umur Khalish dah 1 year 8 months (kalau corrected age 1 year 5 months la) Khalish boleh mengiring tapi dia masih belum pandai merangkak dan duduk lagi. Mummy bawak Khalish ke sessi physiotheraphy dan occupationaltheraphy kat hospital tapi tak cukup la...cuma dapat sebulan sekali je. Sessi bukannyer lama sejam aje tak banyak yang Khalish dapat belajar. Nak buat sendiri kat rumah boleh tapi kita bukan ada equipment yang banyak dan Khalish pun pandai kalau dengan Mummy dia bukan dia nak buat lebih menangis je. Mummy scout around tengok-tengok ada tak private punya tapi tak nak mahal. Kalau hospital private satu sessi je dah dekat seratus. So tengah carik-carik tu terjumpa la Greatlife Physiotheraphy Centre...yang bestnyer ada cawangan kat Shah Alam Section 13. Ok la dekat rumah tu. Bila pergi first time Khalish ok tak la menangis sangat macam kat hospital, Therapist kat situ pun pandai pujuk Khalish. Harga pun berpatutan. So Khalish pun pegi terapi kat situ seminggu sekali.

Bagi yang tak berapa faham dan tak tau nak bezakan antara Physiotheraphy, Occupationaltheraphy dan Stimulatheraphy ni serba sedikit penerangannyer :

Physiotheraphy :
 Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian.

Occupationaltheraphy / Terapi Cara Kerja :
Latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
 
Stimulatheraphy :
 Terapi ini ialah satu terapi holistik yang berupaya menyeimbangkan tubuh badan, minda dan semangat sekaligus merangsang atau menggalakkan kepada gaya hidup yang sihat. Terapi ini adalah satu kaedah rawatan yang berasaskan sistem perubatan tradisional. Stimulatheraphy ni buat kat Kak Ija, Pusat Kesihatan Stimulatheraphy Klang. Alhamdulillah, lepas satu sessi ada perubahan Khalish start berselera makan.
 
Ketiga-tiga jenis terapi ni memainkan peranan penting dalam perkembangan Khalish. Sekarang ni Mummy start bawak Khalish Hydrotheraphy sebulan sekali. Hydrotheraphy ni ialah rawatan dalam air. Khalish ni takut air sikit sampai sekarang masih mandi dengan air suam kalau air sejuk dia menggigil macam mandi dalam ais. Mummy rasa Khalish drama je lebih sebab dulu dalam NICU mandi pukul 7 pagi relex je tak nangis, hehe...tapi bila masuk dalam kolam hydrotheraphy ni dia macam suka pulak siap main-main lagi dalam kolam.
Hajat Mummy kalau Khalish dah biasa dalam kolam boleh lah Khalish belajar swimming.
 
Ini la sedikit sebanyak aktiviti Khalish...hmmm, macamana lah Mummy nak kerja balik sibuk dengan aktiviti Khalish. Tak pe la berkorban demi anak tersayang kan?
 
Khalish tengah buat latihan merangkak

Khalish & Zahra..geng Stimulatheraphy
Khalish tengah buat Hydrotheraphy
 
 
 
 

Friday, 20 September 2013

Raya Gathering of NICU Babies born 2012

Salam...dah lama tak tulis blog, dalam otak ni asyik terfikir 'must write blog frequently' tapi tak kesampaian jugak. I'm one of the oldest dalam geng mak-mak NICU dulu dan Khalish antara paling lama dalam NICU so doctors & nurses kenal la...kekawan selalu je suruh organisekan gathering antara parents baby NICU ni. So dengan semangat berkobar-kobar Mummy Khalish ni pun contact la Matron tanya ada bilik seminar tak untuk buat gathering ni. Lagipun alang-alang buat gathering why not buat kat hospital je at least kita boleh ajak staff-staff NICU sekali. Tak terbalas jasa dia orang ni jaga anak-anak kita masa kat NICU dulu yang boleh kita ajak dia orang ni makan-makan dengan jumpa balik anak-anak yang dia org pernah jaga dulu. Mummy pun create la event kat FB untuk discuss dengan parents pasal gathering ni. Mula-mula semangat je mak-mak ni bagi idea tapi sebab masalah tarikh ramai pulak yang tak dapat datang. Planning buat lepas raya so ramai la yang balik kampung, sedara kawin la, macam-macam lagi.
Plainning punya planning seminggu sebelum event makin ramai plak yang tarik diri. Adoi...duit collection tak cukup, Matron dah book bilik seminar pastu dah ajak staff datang. Nak cancel malu plak. Mummy pun dengan muka tak malu dan gaya ala2 'Ah Long' tiap-tiap hari tanya kekawan yang agree nak datang tu bila nak bayar duit untuk catering. Tapi nasib baik la walaupun sikit masih ada yang nak datang. Yang sponsor pun ramai. Ada yang sponsor banner, bihun, KFC, tolong buatkan decoration..Alhamdulillah. Dua hari sebelum event, ada lagi yang last minute agree nak datang, syukur budget cukup untuk buat event ni. Siap ada extra sikit lagi, hehe...
Hari event tu meriah sangat, terima kasih bebanyak pada Matron dan staff nurse Fiza yang datang awal tolong prepare. Mummy siap kena bagi ucapan lagi, hehe...Bila tengok anak-anak Prem ni rasa bersyukur sangat kekadang tak sangka dia org ni membesar. Seronok tengok gelagat anak masing-masing macam-macam gaya, ada yang dah boleh jalan ada yang masih merangkak...syukur pada mu Ya Allah atas pemberian mu ini.
Terima Kasih staff NICU datang meriahkan majlis kami

Baby Prem dengan Parents

Yeay..Khalish dapat gift, terima kasih Matron & Sister

Terima kasih Nurse semua tolong jaga anak kami