Friday, 18 March 2016

Khalish is 4...

Khalish dah besar!! Umur je la badan still sama lagi..comel lote mcm baby...

Tetiba Mummy rasa macam tak cukup masa plak..rasa macam nak kejar semua benda...sebab kalau budak normal umur 6 tahun dah masuk pra sekolah, 7 tahun dah masuk sekolah rendah. Target Mummy by 6 years old Alish boleh jalan, bercakap dan pandai mengurus diri. Boleh lah masuk sekolah biasa. Besar cita-cita Mummy ni..Mummy kan dreamer, kuat berangan hehe..mana la tau dengan izin Allah, Alish boleh berjalan dan bercakap macam anak-anak normal.

Khalish sekarang dah ada emosi...ada perasaan marah, sedih, gembira. Dia marah kalau Mummy asyik tengok handphone aje. Kadang Mummy gelak pun marah, kalau cakap banyak dia tutup mulut Mummy. Bising la Mummy ni kan...Paling sedih kalau Mummy nangis dia pun ikut sama :(

Minggu lepas hantar rollator Alish ke Unit Fisioterapi HUSM. Nak letak stabilizer dengan sarung, senang Alish nak belajar jalan takde lah asyik bergolek aje. Insya Allah bulan July nanti Alish operate mata kat HUSM. Doakan semua ok ye. Mata Alish squit (juling)..Mata juling ni terjadi bila kedua mata tidak dapat terfokus pada benda yang sama. Macam double vision la. Mummy perasan bila Alish nak ambik benda dia teragak-agak dan ambil masa. Mungkin dia tak sure jarak benda tu kot. Dulu doktor recommend pakai patch untuk membantu mengingatkan otak untuk memberi perhatian kepada kedua-dua mata tapi tak berkesan untuk Alish. Pembedahan otot mata diperlukan untuk meluruskan mata dan mencegah kehilangan penglihatan. Yang merisaukan Mummy lepas operation tu..Alish ni dah lah tak boleh letak apa-apa kat muka dia. Hari tu doctor mata nak check 3 orang kena pegang Alish. Dia punya melawan aduh...nurse tu cakap badan je kecik tapi kuatnya lah...huhu...

Harapan Mummy this year Khalish semakin bijak, boleh berjalan, bercakap dan boleh pegi sekolah. Mummy rasa sudah sampai masa Khalish bercampur dengan kawan-kawan sebaya dia. Theraphist Khalish pun advise Mummy hantar dia sekolah. Maybe bila dah berkawan dia akan lebih pandai berkomunikasi..ni duduk rumah kawan dengan Waleed and Mummy je. Biar dia independant sikit. 

Hairul Khalish..my superhero..
Sometimes real superhero lives in the hearts of small children fighting big battles









Thursday, 14 January 2016

Hmmm...nak panggil anak-anak kami ni aper ye?

Minggu lepas, Mummy ada berjumpa seorang hamba Allah..first time dia jumpa Khalish. Bila diberitahu Khalish ni anak istimewa dia pun bercerita pasal adik dia. Bila Mummy tanya adik akak kenapa. Dia jawab "oh adik akak retarded". Errr...telan air liur Mummy kat situ dengar jawapan dia. Maksud dia 'retarded' tu adik dia Down Syndrome. Masih ada lagi masyarakat kita yang masih belum sensitif dengan panggilan anak-anak OKU ini. Perkataan OKU itu seelok-eloknya kita panggil orang kelainan upaya la ye bukan orang kurang upaya. 

Seringkali perkataan 'cacat' digunakan untuk menggambarkan perbuatan yang pelik atau kelakar. Contohnya "eh kau ni dah kenapa macam orang cacat je?" atau pun "kenapa kau ni perangai macam orang terencat je?". Ok Mummy admit masa belum ada Khalish Mummy tak endah mengenai correct words atau terms nak panggil golongan istimewa ni. Mummy jugak macam orang-orang lain yang kurang kesedaran mengenai kewujudan golongan ini. Tapi tak salahkan kalau kita belajar perkataan-perkataan yang betul untuk jaga hati golongan ini. Mereka pun manusia jugak ada hati dan perasaan. 

Kami panggil anak-anak kami 'anak syurga'. Tapi ada jugak orang yang mempersoalkan pasal gelaran ini. Antara komen-komen seperti 'kenapa panggil anak syurga pulak ada ke hadis-hadis mengatakan anak cacat ni anak syurga?', 'Even Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak menjamin anaknya Zainab yang wafat sebelum baginda SAW bebas dari himpitan kubur ?'...kalau dekat FB tu ada aje lah yang komen-komen menghina anak kami. Kalau ikut hati nak aje pegi jumpa orang yang bagi komen tu cilikan mulut dia. Dia tak rasa apa yang kami ni rasa..bongkaknya awak kan..mana tau satu hari nanti Allah bagi awak anak istimewa baru tau apa yang kami rasa. Tapi biasa lah mulut orang mana boleh tutup, mulut tempayan boleh la tutup hehe...

Anak kami ni boleh jugak dipanggil 'special children' atau 'special needs children'. Sebab mereka ni unik kan..setiap seorang keadaannya tak sama. Setiap kanak-kanak dan individu yang ada Celebral Palsy tu ada berbagai jenis dan tidak mempunyai jenis yang sama. Sama jugak dengan Autism. Jadi tak perlulah kita nak melabelkan mereka semua ni 'cacat'. Tak salahkan kalau kita tanya keadaan mereka sebelum kita nak judge mereka. Tapi tak payahlah tanya dengan gaya ala-ala makcik kepoh atau kita tenung dia orang ni sampai tak berkelip mata. Biasalah orang-orang kita ni kan..Mummy selalu ditanya pasal Khalish, Dia orang pelik sebab Khalish nampak macam gaya budak besar tapi badan macam budak umur 6,7 bulan gitu. Kalau gaya pertanyaan tu menyenangkan hati Mummy, Mummy ceritalah pasal Khalish tapi kalau gaya pertanyaan tu macam nak kepoh Mummy jawab senang je umur Khalish 1 tahun pastu bila orang tu cakap 'keciknyer' Mummy senyum je dan blah. Habis cerita, hehehe...

Mungkin akan ambil masa bertahun-tahun untuk masyarakat menerima kehadiran anak-anak syurga ni. Mungkin sampai bila-bila pun akan ada orang yang tetap memanggil anak-anak ini 'budak cacat'. Tapi apa yang kita boleh buat ialah beri kesedaran serba sedikit mengenai isu ini. Insya Allah walaupun sedikit tapi membawa perubahan. Mungkin ada ibu bapa yang masih tidak dapat menerima kenyataan keadaan anak mereka bila kita panggil anak mereka 'cacat' atau 'retarded' tak ke bertambah kesedihan mereka? Hopefully isu yang Mummy tulis ni terlekat sikit di hati pembaca-pembaca semua dan the next time you see these people you will remember them as 'special'. Please share this with your friends..hopefully it brings more changes! *hugs from Khalish & Mummy 










Tuesday, 5 January 2016

Khalish's Busy Schedule

Dah 5 hari kita melangkah ke 2016..konon-konon Mummy nak update blog sebelum New Year la, hmmm...tak sempat!

Khalish and Mummy balik Shah Alam masa cuti sekolah ari tu. Dua minggu lebih duk sana..melepas rindu dengan famili dan kengkawan. Dah 3 bulan tak balik sana. Dua minggu tu macam-macam aktiviti kami buat. Mula-mula kami ke Melaka dengan Mak Long lepas tu Sunday pegi birthday party Tabah, anakbuah Khalish. Hehe..Khalish kenit ada anakbuah dah dan semestinya anakbuah lagi besar dari dia. 

Minggu depannya Mummy hantar Khalish pegi urut Stimulaterapi dengan Mak Ija. Kata Mak Ija dia jumpa Khalish setahun sekali je. Tahun 2014 sekali pastu tahun 2015 baru jumpa balik. Tapi saiz tetap sama kenit hehe. Nak buat camana Mak Ija, kita orang duduk jauh. Niat di hati nak jugak join kengkawan lain yang ambik pakej duduk sebulan dengan Mak Ija. Insya Allah mungkin lepas masalah pemakanan Alish ni settle dulu. Sekarang ni Alish buat treatment dengan Mr Mano di Sg Petani. Alhamdulillah, nampak perubahan sikit. 

Time balik ni Mummy berkesempatan untuk beli minyak Essential Oil untuk Khalish. Minyak Brain Power bagus untuk anak-anak istimewa, Khalish dah guna setahun ni beli second bottle. Guna sikit-sikit kalau guna banyak cepat habis pulak, minyak ni mahal. Minyak ni kawan Mummy yang blend sendiri, dia Aromatheraphist bertauliah dan ada klinik sendiri di Bangi. 

Time balik ni jugaklah boleh bawak Khalish gunting rambut. Rambut Khalish dah tak terurus kerinting kat bawah depan panjang tutup mata. So far Tasha ni je lah yang berjaya gunting rambut Khalish. Kat Kelantan tak jumpa lagi tukang gunting rambut yang berani gunting rambut Khalish. Itu pun masa gunting Khalish buat perangai.. nasib baik lah Tasha ni pantas, haha..

Masa balik ni juga Mummy belikan Khalish jus Caliph Sunnah. Mummy dah lama teringin nak cuba jus ni sebab tengok kat Instagram penyanyi Fynn Jamal bagi ke anaknya yang diagnose Autism jus Caliph. Semakin hari semakin bagus perkembangan anak dia. Jus ni ada kurma, kismis, madu, buah tin dengan aprikot. Banyak khasiatnya pastu bau berri. Sedap sangat. Mummy start bagi dah dekat 3 minggu so far ada perubahanlah. Khalish dah kurang melawan bila nak makan. Dulu kalau suap dia macam nak berperang. Sekarang ni dia nak jugak lah bukak mulut. Walaupun makan tak sebanyak budak biasa tapi at least dia nak jugak lah makan. Minum susu pun dah banyak. Alhamdulillah...semoga berterusanlah macam ni.

Time balik sekali sekala ni Mummy sempatlah jumpa dengan kawan-kawan melepas rindu. Kami bertiga dengan anak masing-masing tido 1 malam di Homestay Ummi, Country Heights, Kajang. Best rumah tu facing tasik. Esoknya kawan-kawan yang lain datang brunch dengan anak-anak mandi di mini pool. Ini semua kawan-kawan 'precious' Mummy masa anak-anak kami 'check in' di NICU Hospital Sg Buloh. Suka sangat dapat jumpa..terubat rindu. Alhamdulillah walaupun anak-anak kami dah nak masuk umur 4 tahun kami masih keep in touch. 

Mummy and Khalish jugak sempat jumpa Mastura untuk dapatkan advise and experience dia as a special child. How her parents raised her and the struggle she have to go through..really admire dia lah! I wish Khalish can be like her someday...

The rest of 2 weeks kami di Shah Alam banyak spend time with family. Tak tahu lagi bila boleh lepak-lepak macam ni. Even last day pun sempat lagi Mummy and Khalish jumpa Rayyan main bubble kat Setia Alam. Lunch kat sana and bawak budak-budak main di park, enjoy sangat! Khalish pulak surprisingly can get along well dengan anakbuah dia Rayyan. Boleh main celup-celup bubble tu. First time tengok Khalish pandai pegang sendiri stick tu.

So our 2 weeks in Shah Alam was well spend..for Khalish's benefit and Mummy dapat jumpa family and friends. Thank you family and friends for the wonderful two weeks. Now back to reality and back to theraphies and appointments for Khalish! 

Khalish & Mummy kat The Shore, Melaka
Ini lah jus Caliph yang Khalish makan tu

Mummies & Ex Premmies
Khalish & Rayyan main bubbles

Acara gunting rambut aka sesi melalak!

Saturday, 7 November 2015

Understanding Khalish...

As salam semua..lama Mummy tak update blog ni, gara-gara mood nak bercerita kurang/malas nak hadap laptop/si kecik ni mengacau. Banyak betul alasan yek...

Anyway, masa begitu cepat berlalu..Khalish pun dah 3 tahun 9 bulan tak lama lagi nak sambut birthday ke 4 plak. Makin besar makin terserlah perangai dia. Boleh agak apa yang dia suka apa yang tidak. Tantrum pun semakin menjadi-jadi sekarang ni. Maklumlah dah besar pandai tunjuk perangai.

TV dah jadi kepunyaan dia...kartun memanjang..takde peluang kita nak tengok lain (please don't judge me...huhu). Masalah sensori Khalish semakin bertambah sekarang ni...time makan, pakai baju, berus gigi dan potong kuku adalah masa Mummy paling mencabar. Berapa kali air mata ni gugur time buat benda-benda tu. Walaupun Khalish saiz kecik tapi dia sangat kuat. Berapa kali makanan tercampak sebab dia tolak. Kalau kita tak pegang kuat masa tantrum Khalish boleh jatuh. Kadang orang yang nampak cara Mummy bagi makan kat Khalish orang ingat Mummy ni kejam kot. Paksa Khalish bukak mulut. Tapi itu aje cara nak bagi dia makan. Kalau nak berlembut memang jadi 'lauk' la dengan Khalish, hehe...

Theraphist pun hadapi masalah nak suruh Khalish exercise. Setiap session tu makan masa sejam jadi sejam jugaklah Khalish nangis. Mummy dah tak daya nak pujuk takkan sebab nangis kita nak stopkan session tu kan? Teruskan je la..nasib baiklah theraphist Khalish semua dah biasa dengan tangisan Khalish. Kadang-kadang tu Khalish trick je..dia buat-buat nangis air mata pun takde, pastu tak jalan dengan tangisan dia buat-buat tido plak, hahaha...budak ni memang pandai drama.

Satu lagi perangai baru dia dah pandai suruh Mummy tukar channel, kalau dia tak suka cerita kat tv tu dia cuit-cuit Mummy suruh tukar. Semalam siap ambikkan remote bagi kat Mummy suruh tukar channel. Hai la anak...Mummy dah naik hafal cerita kartun kat tv tu. Ikut cakap Speech Theraphist Khalish dah mula nak communicate cuma dia tak tau macamana nak cakap so Mummy ni jadi medium dia tolong sampaikan apa yang dia nak.

Buat masa sekarang ni Mummy busy hantar Khalish terapi di HUSM dengan YOKUK. Alhamdulillah, duduk di Kelantan ni ada peluang hantar Khalish macam-macam jenis terapi. Dulu sebelum pindah risau jugak Khalish takde peluang pegi terapi tapi kat sini lagi banyak peluang untuk Khalish.

For now biarlah Mummy yang jaga Khalish fulltime..risau sekarang ni macam-macam cerita pasal pengasuh. Bukan semua pengasuh yang tak baik, Mummy ada je jumpa pengasuh yang baik tapi disebabkan Khalish ni istimewa dan agak susah difahami kehendak dia, Mummy rasa biarlah Mummy saja yang handle dia. Walaupun at times Mummy rasa frustrated and stressed out bila Khalish throw tantrum tapi ada jugak masanya Khalish buat Mummy ketawa berdekah-dekah dengan perangai selamba dia. Mungkin Allah anugerahkan Khalish pada Mummy untuk jaga sebab Mummy ni perangainya tak sabar so dengan adanya Khalish ni Mummy kena belajar bersabar banyak-banyak. Khalish oh Khalish...

Trick Khalish bila buat terapi

Alish buat gaya Ultraman

Khalish main kat playground HUSM sementara tunggu turn buat terapi

Khalish buat muka cheeky




Saturday, 15 August 2015

Jom kita buat #random kindness??

As salam semua..Selamat Hari Raya! Raya ada beberapa hari lagi nih...mesti yang duk kat KL sibuk pegi open house kan? Mummy kat Kota Bharu ni dok diam2 kat rumah jek, kawan belum ramai so takde jemputan la lagi, hehe..

Topik mummy nak cite kali ni pasal kebaikan yang kita buat kat strangers..perkataan 'random kindness' ni Mummy ambik dari instagram Fynn Jamal (penyanyi lagu Arjuna Beta tu). Masa bulan puasa ari tu tiap-tiap hari dia dok bincang topik ni. Sebenarnya tak susah kita nak buat amal kebajikan. Dulu masa zaman sebelum Facebook susah la kita nak buatkan. Nak derma duit kena carik golongan fakir miskin. Sekarang ni bukak Facebook ada banyak post pasal orang yang perlukan bantuan. Ada yang anak sakit tak cukup duit, ada yang mangsa banjir, ada yang nak buat sekolah tahfiz. Info semua ada kat situ dengan nombor bank account semua. Tinggal kita transfer je online. Ada yang beranggapan duit sendiri pun tak cukup camana nak derma. Insya Allah jangan risau ada la rezeki kita. Mummy pernah dengar ada orang cakap sebenarnya duit yang kat dalam poket tu bukan kita punya tapi duit yang kita dermakan tu la duit kita. Tak dapat bagi banyak sikit pun xpe lah. Tapi kita buat random kindness ni bukan hanya bagi duit aje, kita boleh jugak sumbangkan tenaga kita atau kepakaran kita. Kita tolong promotekan pun boleh. Misalnya kalau kita tahu ada badan kebajikan yang perlukan baju-baju terpakai kita tolong la sebarkan maklumat. Tanya kawan-kawan atau family ke ada yang nak derma. Kalau kita takde masa nak buat semua tu, masa kita pergi kerja kita bayar tol boleh je kita tolong bayarkan sekali kereta yang kat belakang kita. Walaupun tak kenal tapi kita tolong tanpa dapatkan apa-apa balasan. 

Kita mungkin tak perasan tapi bila time kita tengah kering tu tiba-tiba ada rezeki terpijak yang kita tak sangka-sangka boleh dapat. Mungkin dulu kita pernah tolong orang masa kesusahan jadi Allah balas balik pertolongan kita. Buat kebajikan ni jangan kita fikir pada manusia aje, pada binatang pun boleh jugak. Kita tolong bagi makan anak kucing kat tepi rumah kita ke. Itu pun boleh dikira random kindness gak kan...

Tapi bila buat kebaikan tu jangan lah nak bermegah plak, kat FB siap upload gambar bagai. Pada Mummy, it's ok kalau nak letak gambar kita buat aktiviti kebajikan dengan tujuan kita nak create awareness pasal charity tu. Atau kita nak inspire people to follow our way. Tapi jangan la sampai orang meluat pulak hehe..

Anyway, Mummy terjumpa this charity kat FB. Komuniti Kurang Upaya (KOKU Project) memberikan perkhidmatan terapi secara percuma utk kanak2 OKU yang pendapatan seisi keluarga berada di bawah rm900. Dan juga harga caj dan rawatan terapi yg murah mengikut pendapatan seisi keluarga. Rawatan terapi ini dijalankan di rumah OKU itu sendiri.
Koku Project juga mempunyai produk pakaian mereka sendiri. Pembelian t-shirt keluaran Koku Project akan disalurkan ke dalam dana #kokuproject sendiri utk membantu golongan OKU yg kurang bernasib baik untuk sama-sama mendapat pendidikan dan terapi yang sama seperti golongan OKU yg lain.Oleh sebab itu, Koku Project memerlukan dana dan derma dari orang ramai untuk sama2 memenuhkan tabung #kokuproject demi membantu golongan OKU yang kurang bernasib baik.
Mummy belum berkesempatan lagi nak jumpa orang kuat Koku Project ni. Anak muda umur 20an yang memperjuangkan nasib orang-orang OKU. Dia buat kerja amal ni tanpa bayaran sesen pun. Banyak pahala mu, dik...Mummy respect orang-orang macam ni, ni la the true act of #random kindness kan?
Akhir sekali, maafkan mummy kalau ada yang tak berapa setuju dengan tulisan Mummy ni. Bukan nak mengajar cara-cara buat kebajikan, I'm sure many of you memang dah lama amalkan buat kebajikan ni kan? Cuma sekadar ingat-mengingatkan sesama kita je. Kadang-kadang bila kita busy dengan life masing-masing kita lupa pada orang lain. Pertolongan kita mungkin kecil tapi maybe boleh bagi impact yang besar pada orang yang kita tolong tu. 









Wednesday, 8 July 2015

Perginya Ahli Syurga..

Lebih kurang seminggu lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri..cepatnyer masa berlalu. Sedang kita sibuk dengan persiapan raya, ada keluarga yang bersedih kehilangan permata mereka.

Dua tiga hari lepas, keluarga anak syurga kami dikejutkan dengan pemergian dua anak syurga yang disayangi. Walaupun hanya kenal dalam group whatsapp tapi kami teman 'sekasut' turut merasai pemergian anak-anak ini. Mummy banyak join group FB dan whatsapp untuk parents yang ada anak-anak istimewa. Dalam sebulan ada aje berita pemergian anak-anak istimewa ini. Sedih tak dapat bayangkan apa perasaan parents kehilangan anak. Tapi semuanya redha dengan ketentuan Allah mereka ni kuat-kuat belaka. 

Mummy ada terfikir, adakah anak-anak istimewa ni umur tak panjang? Memang ajal maut di tangan Allah kita perlu redha dengan ketentuannya. 

Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Nafi' hadith dari Hafas b 'Ubaidillah hadith dari Anas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya) masuk dia ke dalam syurga.' Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia: 'Atau, adakah dua?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Atau dua!'. Berkata seorang perempuan: 'Semoga mengharap aku, maka berkata aku: 'Atau satu (yakni, seorang)!' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]

Mesej yg disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w) adalah tetap sama, iaitu, sepasangan ibubapa yg seorang atau dua orang atau tiga orang anak mereka meninggal ketika belum sampai umur baligh, mereka (yakni, anak-anak itu) jadi pendinding dari kedua ibubapanya dari api neraka di akhirat kelak. Maksudnya, kedua ibubapanya yg rida dgn kematian anak-anaknya akan mendapat balasan syurga. Diperjelaskan dalam hadith-hadith lain bahawa kanak-kanak yg belum baligh itu suci dari dosa, maka mereka secara otomatis masuk syurga. Jikapun kedua ibubapanya tak berjaya mendapat syurga, namun ketika diperintah oleh Allah (a.w) supaya mereka masuk syurga, mereka enggan selagi Allah (a.w) tidak perkenankan kedua ibubapanya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama mereka. 

http://yayasan-ilmu.blogspot.com/

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedangkan kita merasa sedih apatah lagi ibu bapa yang menjaga siang dan malam. Pasti terasa kehilangan. Sebagai orang Islam, kita perlu sedar yang dunia ini adalah sementara. Harta dan anak bila-bila Allah boleh tarik balik. Tapi apakah persediaan kita dalam menghadapi kemungkinan ini...adakah cukup dengan apa yang kita didik anak kita? Adakah kita sudah berusaha sedaya upaya untuk anak syurga kita semasa mereka masih hidup? Atau kita give up dan membiarkan anak kita menerima takdirnya tanpa sebarang usaha? 

Anak adalah amanat dari Allah apatah lagi anak syurga. 

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,”. (Surah at-Tin: 4)

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Ustaz Mohd Shahrizal Nasir berkata, setiap ibu bapa mesti menghargai nikmat ALLAH SWT, anggaplah anak itu sebagai rahmat dari ALLAH SWT untuk kita. Sempurna atau sebaliknya mereka perlu ditatang kerana anak itu dari ALLAH SWT.

Petikan dari Sinar Harian

Mummy ingat lagi masa Family Day Super Angels tahun lepas, ustaz yang bagi ceramah ada bagitau ibu bapa anak-anak istimewa ni beruntung sebab tak perlu risau dalam mendidik tak macam anak-anak normal. Banyak cabaran sekarang ni. Anak-anak istimewa senang dijaga mereka takde dosa.

Pada Mummy lah selagi mereka ni bernyawa selagi itulah kita usaha sedaya upaya beri yang terbaik untuk mereka. Take one step at a time, not to think too much of the future dan ingat Allah duga kita setakat yang kita mampu. Tiada manusia yang perfect, Mummy pun begitu jugak. Ada masa down, ada masa malas dan ada masa rajin. Apa yang Mummy tulis disini juga adalah untuk rujukan Mummy jugak.

Sempena bulan yang mulia ini, Mummy nak memohon ampun dan maaf jika ada yang tersinggung dengan tulisan Mummy ni. Niat Mummy menulis untuk rujukan kita bersama bukan untuk menunjuk pandai atau menunding jari pada sesiapa. Semoga Ramadhan ini memberi kita seribu rahmat, keampunan dan keberkatan. Amin Ya Rabbil Alamin.

Monday, 8 June 2015

Khalish's Whereabouts..

Lama gak tak update blog ni...Khalish dah pindah Kelantan but now Khalish & Mummy is back in Shah Alam! Plan nak balik untuk jaga kakak Mummy dia baru lepas operation. Tapi ada complications pulak jadi belum discharge lagi. So, Mummy & Khalish masih di Shah Alam buat masa ni. 

Khalish masuk sekolah PDK masa kat Kelantan ari tu. Mula-mula pihak PDK reject Khalish sebab dia org ambil kanak-kanak umur 6 tahun ke atas je. Tapi, mummy nak Khalish masuk PDK. Iye la kami duk berdua je kat rumah, most of the time Khalish akan tengok tv cerita kartun. Nak exercise kat rumah bukan boleh lama-lama nanti dia cepat boring. Sekarang ni pun Khalish banyak tantrum. Mummy jumpa pegawai JKM kat Kota Bharu tanya dia kenapa Khalish tak boleh masuk PDK sedangkan PDK kat tempat lain boleh je terima takde had umur. Lepas half hour pengetua :PDK pun telefon, Khalish boleh masuk PDK tapi Mummy kena ada sekali sebab they all ada budak hyperactive staff pulak kurang takut tak terkawal nanti. Oooo..sebab tu ke tak nak ambik Khalish. Awat tak cakap awal-awal? Tak pe la Mummy pun tak buat aper jadi boleh je Mummy temankan. Khalish sekolah setiap ahad dengan selasa. Start pukul 9 pagi habis pukul 1 petang. Tapi tau je la budak ni bangun je pukul 9 lebih pukul 11 lebih dah start buat perangai. Boring agaknya. Tak buat aper pun main-main dengan abang dan kakak kat situ. 

Terapi fisio dengan hydro masih diteruskan kat Great Life Kota Bharu tapi seminggu sekali je. Khalish juga dah daftar kat Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK). Ada sessi Occupational Theraphy, Hippotheraphy pun ada. Hippotheraphy ni terapi berkuda. Terapi menunggang kuda antara rawatan terbaik bagi me­nguat­kan tahap keyakinan ka­nak-kanak kerana­ mereka belajar mengimbangi­ badan dengan kekuatan tulang dan otot. Khalish belum cuba lagi terapi berkuda ni sebab masa terapi clash dengan PDK.  Sessi OT Khalish di YOKUK buat dekat bilik sensori 'Snoezelen'. Best la bilik ni dengan alunan muzik yang menenangkan dan lampu-lampu yang colorful tu Mummy rasa macam nak tido je, hehe..Theraphist kat situ bagitau bilik tu berharga RM30,000-RM40,000, ditaja oleh Ronald McDonald House Charities. 

Itu la antara aktiviti Khalish kat Kelantan. Dah besar ni makin banyak demand, dah bijak dia tahu apa yang dia suka dengan tak suka. Alhamdulillah, may you always be in Allah's protection always my son...

Pegi sekolah tengah main bola pun boleh tido, hehe

Muka tak puas hati kena pegi hyrotheraphy
Lebih kurang macam ni la bilik sensori kat YOKUK tu, cantikkan?

Mummy look..a horse (Khalish points at the horse)

Friday, 24 April 2015

OKU - Orang Kelainan Upaya

Biasanya kalau sebut OKU maksudnya Orang Kurang Upaya..tapi Mummy lagi prefer kalau dipanggil Orang Kelainan Upaya. Sebab term 'Kurang Upaya' ni dianggap macam seseorang yang lemah tak berupaya. Pada Mummy orang OKU ni most of them lagi strong dari kita..yes, true fizikalnya mungkin ada yang masalah penglihatan, pendengaran, tak boleh berjalan dan macam-macam lagi. Tapi Allah kurniakan mereka ini kekuatan dalaman, hati yang terang, will power yang kuat untuk meneruskan hidup. Kadang-kadang kecekalan mereka ni dalam meneruskan hidup lebih lagi dari orang biasa. I take my son for an example. Lahir tak cukup bulan, doktor bagi 50-50 chance je nak hidup. Tapi dengan izin Allah, my son berjuang untuk hidup..perkara yang senang bagi kita macam bernafas, makan, berjalan dan sebagainya pada dia adalah struggle. Dia harus diajar untuk bernafas, makan belum berapa pandai menelan lagi, berjalan dan merangkak harus diajar ikut step. Ada-ada hari Mummy rasa nak give up tapi bila tengok muka Angel Mummy ni datang balik semangat. 

Khalish early this year baru dapat kad OKU. Ramai jugak yang mempersoalkan kenapa buatkan Khalish kad OKU sebab Khalish nampak normal. Doctor dan nurse di Klinik Kesihatan yang cadangkan Mummy buatkan kad OKU untuk Khalish. Some people have a hard time accepting this..anak aku OKU? Tak mungkin. Mummy terdiam jugak sekejap bila Doc suggest apply kad tu. Tapi fikir positif la..banyak kelebihan ada kad ni. Nanti Mummy post pasal kelebihan ada kad OKU ni. Nak apply pun takde la susah sangat. Kena Doctor isi borang dan tandatangan. Mummy hantar borang kat JKM Shah Alam. Ambik masa dalam sebulan lebih untuk siap. 

Bercerita pasal orang-orang OKU ni ramai sekarang ni even kat Malaysia yang boleh kita jadikan sebagai role model. Baru-baru ni dok sibuk orang cerita pasal kumpulan Buskers yang famous masa AJL tahun lepas, Caliph Buskers yang vokalis dia cacat penglihatan. Baru orang buka matakan, orang OKU pun boleh berjaya. Kalau kat overseas dah ramai orang OKU yang berjaya. Stephen Hawkings, Beethoven, Stevie Wonder dan banyak lagi. Dalam keluaran majalah Keluarga baru-baru ni ada siarkan artikel pasal Raja Shamri Raja Husin. Dia seorang OKU yang berjaya. Memiliki syarikat perunding dan motivasi di Kuala Lumpur. Ini semua contoh-contoh yang kita boleh ikut dalam mendidik anak istimewa kita. Insya Allah, amanah dari Allah ini tidak Mummy sia-siakan. Insan-insan OKU...u have my full respect. your abilities is stronger than your disabilites!



Kelebihan kad OKU

Kad OKU Khalish



Friday, 20 March 2015

Insurans..keperluan atau pembaziran??

Anakbuah ajak jadi agen insurans...hmmm. Frust pasal Khalish kena reject insurans tak habis lagi. Walaupun doktor Neuro dah tulis report yang Khalish punya Hydrochephalus dah resolved tapi dapat surat dari Insurance Company yang suruh tunggu sampai Khalish umur 6 tahun baru boleh apply lagi sekali. Tapi iye lah kena faham jugak Insurance Company tak nak rugi so they better not take the risk. Ada kengkawan yang sekasut dengan Mummy yang anti dengan agen insurans. Iye la anak tak layak nak dapat insurans tapi ada aje agen yang nak try jugak. Yes, memang untuk anak tak layak tapi kalau apa-apa jadi kat kita as parents, do we have enough money to leave our kids? Dah la anak kita ni special, sekolah special, makanan special, equipment special..

Nauzubillah min zalik..mintak dijauhkan tapi andai kita umur tak panjang, cukupkah duit kita untuk memastikan yang anak-anak kita ada tempat tinggal, perbelanjaan makan minum sekolah untuk mereka meneruskan hidup? Kalau kita sakit atau kita sebagai pencari nafkah hilang upaya cukupkah duit kita untuk memastikan keperluan keluarga kita tak terjejas? Insurans adalah salah satu jalan penyelesaiannya. Mungkin bukan rezeki anak kita untuk dapatkan insurans tapi we as parents through insurance can provide safety and security to our kids.

Orang cakap jadi agen insurans ni nanti hilang kawan...tak pe la kot kalau hilang kawan yang bukan sebenar-benarnya. Bagi Mummy kawan yang tulen akan support no matter what. Lagipun Mummy bukan paksa pun ambil insurans kalau tak nak takpe. 

Kalau pun Mummy jadi agen Mummy niat buat kerja ni untuk tambah pendapatan keluarga, untuk anak Mummy sorang ni dengan untuk membantu kawan-kawan & family membuat persiapan dimasa akan datang.

Jadi secara kesimpulannya, sebab utama kita perlu ada insurans ialah : melindungi pendapatan keluarga, sebagai tabung persaraan dan sebagai pelan perubatan. 

Sediakan payung sebelum hujan, macam tu la lebih kurang konsep insurans ni.

Bila dah decide nak ambil insurans kita approach agent dan kaji dulu pelan mana yang sesuai dengan kita. Cukup tak budget untuk monthly payment. Mummy dah 3 kali ambil insurans dari zaman anak dara dulu. Konon nak ambil yang mahal last2 budget lari tak mampu nak bayar. Yang ketiga ni paling lama Mummy ambil. Harap-harap berterusan la, Insya Allah.

OK lah kalau nak dengar penjelasan lebih lanjut pasal pelan insurans ni contact la Mummy ye..
Saya tak paksa tau, hehe...




Tuesday, 24 February 2015

Khalish at 3

23.2.2012..tarikh lahir Khalish. Dah 3 tahun anak Mummy tahun ni. Tak celebrate pun, waleed kerja kat Kota Bharu. Weekend nak celebrate plak ada wedding anakbuah. Kebetulan pulak masa birthday Khalish tu ada appointment physio Khalish. Mummy pun buat kek kecik untuk Khalish potong kat tempat terapi. Sambut dengan Kak Fasihah je, theraphist Khalish. 

Pasal development Khalish, umur 3 tahun ni nampak macam ada perubahan. Especially masalah sensori dah berkurangan, Alhamdulillah. Kaki Khalish dulu tak nak pijak lantai sekarang dah boleh pijak, dah pandai angkat kaki untuk jalan walaupun jalan belum teratur lagi. Dulu kalau dengar orang batuk terus nangis sekarang dah tak nangis cuma terkejut sikit je.

Dalam bulan November tahun lepas Mummy cuba dua produk baru pada Khalish. Mummy ada terbaca testimonial dari kawan-kawan pasal Essential Oils yang boleh membantu kanak-kanak istimewa. Banyak positif feedback bila oils ni digunakan pada kanak-kanak austism, adhd, down syndrome dan banyak lagi. Essential Oils ni calming dan boleh increase the brain power. Untuk more info boleh baca banyak artikel di internet mengenai kebaikan Essential Oils ni. Untuk Mummy, cukup la dengan testimoni dari kawan-kawan yang happy sangat cerita pasal anak-anak dia orang ni ada perkembangan positif membuatkan Mummy nak try Essential Oils ni. Ex-officemate Mummy kat Putrajaya dulu ada Aromatheraphy Centre di Bangi. Mummy decided to contact dia untuk try the product. So to start off, we tried on a few oils dulu. Minyak yang dicuba pada Khalish ada beberapa jenis; Frankincense & Lavender. Lepas tu kawan Mummy tu gabungkan 3 jenis minyak (Frankincense, Lavender & Sandalwood) yang dipanggil Brain Power. Nak guna minyak ni pun ada caranya. Kalau berminat boleh contact kawan Mummy ni, Puan Rita Omar.

Second treatment yang Mummy try ialah jumpa Chiropractor. Ramai yang masih tak tahu pasal Chiropractic treatment. 
Rawatan kiropraktik ini dilihat secara menyeluruh yang berkaitan denagn otot, skeleton, dan sistem saraf. Sistem saraf mengawal fungsi setiap sel, tisu dan organ. Tempurung kepala bertanggungjawab melindungi otak, spinal cord pula diliputi oleh 24tulang vertebra yang bergerak dan sangat sensitive.Bila berlaku ketidakseimbangan tulang-tulang atau turutan tulang yang tidak normal ia boleh mengakibatkan keradangan dan mengganggu system vascular darah dan system saraf. Gangguan ini boleh mengakibatkan kesakitan dan mengganggu sistem saraf. Jadi secara ringkasnya, Chiropractic ini merawat tulang belakang kita yang mungkin tidak normal atau seimbang.

 Ini ada sedikit info mengenai kebaikan Chiropractic treatments ni.

 Here is a list of common childhood conditions that families have seen great impact from chiropractic care that you may not have thought of as chiropractic issues. Chiropractors do not necessarily treat or cure these conditions, but they have been shown to help in profound ways by treating the children suffering from them and enhancing their general health.
  • ADHD & Autism Spectrum Disorders*
  • Ear infections
  • Common Cold
  • Colic
  • Constipation
  • Growing pains
  • Plagiocephaly
  • Scoliosis
  • Bed wetting
  • Breastfeeding difficulties
  • Birthing Trauma
  • Sports injuries (like Little League Elbow)
Sejak pergi Chiropractic Clinic, Khalish dah boleh makan nasi tanpa tersedak. Khalish ada problem reflux jadi bila makan dia selalu tersedak dan batuk-batuk. Tapi lately ni Mummy perasan Khalish dah boleh makan nasi dengan sup. Dulu Mummy bagi bubur yang blend aje. Oh ye, Khalish pegi Chiropractic First Clinic di SACC, Shah Alam.

Jadi, kesimpulannya Mummy rasa dengan berbagai terapi, penggunaan minyak essential oils dan Chiropractic treatment ni banyak membantu Khalish dalam perkembangannya. Pada parents yang ada anak istimewa, teruskan perjuangan anda...Insya Allah ada rewards yang Allah bagi pada setiap usaha kita.


Essential Oils yang Khalish guna

Khalish sambut birthday di Smart Integrated Physio Centre, Shah Alam
Budak naughty suka buat sepah :)


Sunday, 11 January 2015

2015..New Year, New Hope & New Beginnings

Pejam celik, pejam celik dah tahun baru..cepatnyer masa berlalu. Khalish pun nak masuk 3 tahun. Kalau zaman muda remaja dulu, new year's eve mummy dah pegi happening ni, hehe...ni nak masuk ke angka 4 dan ada anak plak, reti-reti la duk rumah, haha..

Of course, setiap parents especially parents yang ada special children ni pastinyer letak harapan nak lihat anak-anak masing-masing sihat dan bijak. Selalunya tahun baru orang suka letak resolution atau target untuk diri masing-masing. Untuk Khalish, mummy sangat la berharap tahun ini Khalish dapat jalan dan boleh bercakap. Mummy tau I have to be realistic, accept the fact tapi kita sebagai manusia ada impiankan..Dan dengan izin Allah, nothing is impossible. We just have to work hard to achieve our goal. Pada yang punya anak normal, berjalan dan bercakap ni perkara normal, sebahagian daripada perkembangan kanak-kanak. Tapi for us yang ada special child ni perkembangan yang sedikit, walau setapak langkah itu sudah membanggakan kami. Even simple words like 'mummy' pun, mummy dah happy giler. 

Tapi, ada jugak parents yang hampir putus asa dengan anak-anak special ni. Ada yang sudah seakan sudah menerima kenyataan yang anaknya tidak akan berjalan atau bercakap. Kita manusia biasa, pasti ada satu hari yang kita rasa frust, sedih dengan keadaan anak kita. Mummy pun ada masa gak rasa 'down' sangat especially bila tengok kawan-kawan sebaya Khalish yang boleh berlari dan petah cakap. Ada masa sedih bila fikir masa depan Khalish. Kalau Mummy takde boleh ke Waleed jaga Khalish, sedih bila fikir pandangan masyarakat pada kanak-kanak istimewa macam Khalish ni...ada kah tempat untuk kanak-kanak ni di Malaysia...Tapi bila fikir ni semua Mummy lagi bersemangat untuk besarkan Khalish. Kalau kita sebagai parents dah give up, menerima keadaan anak kita seadanya, macamana anak kita nak improve. Walaupun sedikit sangat improvementnya, at least we are doing our best for our child. Mummy mintak pada Allah janganlah kau putuskan semangat kami sebagai ibu bapa untuk menjaga anak syurga ini. 

Pada masyarakat Malaysia, kami sebagai ibu bapa anak-anak istimewa ni mintak tolong lah fahami keadaan kami. No jokes about OKU please, mereka tak minta dilahirkan begini. Kalau pegi ke tempat awam dan nampak anak-anak kami berlari tak terkawal, don't label us as 'ibu bapa yang tak pandai jaga anak' mungkin anak kami ni autism...you are not in our shoes, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. At least fahami la situasi kami.

 Mummy nak ucapkan terima kasih kerana membaca rintihan mummy ni...I hope for those of you reading my blog, tak banyak sedikit ada awareness on special needs children. Dulu sebelum ada Khalish, Mummy pun tak banyak info on this issues, tak berapa faham keadaan anak-anak istimewa ini, tapi Allah pinjamkan Khalish untuk kami jaga. Kami akan jaga sebaik-baiknya, Insya Allah.

 

Thursday, 18 December 2014

Khalish & Sensory Issue

Khalish takut bila orang batuk...dia nangis sampai meleleh air mata. Mula-mula tu musykil jugak kenapa sampai macam tu skali. Kesian atok Khalish nak batuk kena lari jauh2 tak nak cucu nangis. 

Khalish tak suka disentuh...orang yang tak tau ingatkan Khalish sombong. 

Khalish suka cengkam kaki dia. Bila ajar dia berdiri sebelah kaki je nak pijak sebelah lagi tak nak pijak lantai.

Semua ini related to masalah sensori. Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Sensory Processing Disorder'.

Sensory processing disorder is a condition in which the brain has trouble receiving and responding to information that comes in through the senses.
Some people with sensory processing disorder are oversensitive to things in their environment. Common sounds may be painful or overwhelming. The light touch of a shirt may chafe the skin.
Others with sensory processing disorder may:
  • Be uncoordinated
  • Bump into things
  • Be unable to tell where their limbs are in space
  • Be hard to engage in conversation or play
Sensory processing problems are usually identified in children. But they can also affect adults. Sensory processing problems are commonly seen in developmental disorders like autism.
Melalui perbincangan dengan theraphist Khalish, bolehlah di simpulkan yang certain perbuatan itu otak Khalish menyampaikan mesej yang berlainan dari biasa. Sebagai contoh bila kita batuk, otak Khalish mungkin menyampaikan mesej yang bunyi batuk itu sebagai menakutkan dan menyakitkan untuk Khalish. Macam tu jugak bila kita menyentuh dia, otak Khalish memberi mesej perbuatan itu menyakitkan dia.

Dr Temple Grandin, seorang penghidap autisma menerangkan mengenai masalah sensorinya :
One of my sensory problems was hearing sensitivity, where certain LOUD noises, such as a school bell, hurt my ears.
It sounded like a dentist drill going through my ears.
- Temple Grandin

Kalau la Khalish boleh bercakap, boleh la dia bagitau aper yang dia rasa masa dia dengar orang batuk tu kan...
Tiada rawatan khusus untuk mengubati masalah sensori ni, cuma dengan Occupational Theraphy atau Terapi Cara Kerja dapat membantu kanak-kanak dengan masalah sensori ini. Theraphist boleh suggest toy atau alat aper yang sesuai digunakan untuk latihan dirumah. Macam Khalish, theraphist suggest guna 'brushing technique'. Kita guna berus lembut untuk berus bahagian-bahagian yang sensitif macam tapak kaki Khalish. Tapi memandangkan Khalish ni dah bijak, kita sibuk nak berus dia pun sama sibuk nak main dengan berus tu plak. Main dengan different textures pun bagus jugak. Macam beras, pasir, kacang...dulu Khalish tak suka sentuh benda-benda ni now dah boleh pegang lama sikit. Ada macam-macam teknik kita boleh buat cuma kena luangkan masa sikit la nak buat semua ni. Tapi sessi terapi sangat membantu Khalish..ada banyak improvement. Kita mungkin fikir kita boleh buat sendiri kat rumah tapi bila dengan anak sendiri bila anak nangis je kita tak sampai hati nak buat dah. Lepas tu bila kat rumah sendiri ada je kerja yang kita nak buat dah tak sempat nak buat terapi anak. 
Ini la serba sedikit pasal isu sensori ni. So tuan-tuan dan puan-puan, kalau anak saya yang sorang ni menangis atau tak nak orang pegang dia, jangan kecik hati ye...maafkan lah dia...


Weighted Blanket - to calm the child